Berita

Wanita Meninggal Dunia Sebulan Sebelum Naik Pelamin

Baru-baru ini, kisah seorang penunggang motosikal wanita yang meninggal dunia telah viral di kalangan masyarakat Singapura. Kemalangan itu dilaporkan...

· 1 min read >

Baru-baru ini, kisah seorang penunggang motosikal wanita yang meninggal dunia telah viral di kalangan masyarakat Singapura. Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 14 Januari selepas Allahyarhamha ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di sepanjang Yishun Ave 8. Ia dipercayai sebagai satu kes kemalangan langgar lari.  

Allahyarhamha Fadhillah Muhammad Hussain, berusia 28 tahun, ditemui tidak jauh dari motosikalnya Honda CB150R berwarna hijau gelap. Beliau mempunyai pengalaman menunggang motosikal selama tiga tahun dan telah menggunakan jalan raya tersebut menuju ke Sembawang. 

Beliau dikejarkan ke hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Abang Allahyarhamha berkata tulang pelvisnya patah dan beliau mengalami kecederaan di dada. 

Allahyarhamha Fadhillah, bekerja sebagai seorang jururawat yang bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH). Allahyarhamha juga mempunyai ijazah bidang kejururawatan dari Universiti Manchester. Menurut sumber rasmi, Encik Jad Hamzah, sepupu Allahyarhamha Fadhillah, telah memberitahu bahawa Allahyarhamha “seorang yang pendiam, baik dan patuh pada orang tuanya.” 

Berita tentang kemalangan Allahyarhamha disebar di lelaman media sosial dan ramai netizen telah mengongsi doa dan salam takziah mereka. 

 

Allahyarhamha Fadhillah dijadual untuk bernikah dengan tunangnya pada 22 Februari bulan depan. Menurut Encik Jad Hamzah, Allahyarhamha sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari bangunan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) selepas mendapatkan pasport barunya sebagai persiapan untuk berbulan madu ke Eropah. 

Encik Jad merayu kepada orang ramai untuk tampil ke hadapan jika ada maklumat lanjut tentang kemalangan tersebut. Sejauh ini beliau hanya menerima sebuah video yang dihantar oleh seseorang ketika ambulans sudah berada di tempat kejadian. 

TehTarik.sg mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamha Fadhillah dan berharap para pembaca akan mengongsi kisah ini supaya sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kemalangan ini boleh menghubungi pihak polis dengan segera dan bantu siasatan ini.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read