Berita

Walaupun Ada Kesilapan Manusia, Penghantar Makanan Sanggup Laksanakan Lebih Dari Jangkaan

Ramai rakyat Singapura bergantung kepada aplikasi penghantaran makanan ke rumah seperti Foodpanda dan GrabFood. Baru-baru ini, kisah Puan Charlene...

· 57 sec read >

Ramai rakyat Singapura bergantung kepada aplikasi penghantaran makanan ke rumah seperti Foodpanda dan GrabFood. Baru-baru ini, kisah Puan Charlene Pagayon Rusco yang berpeluang bertemu dengan seorang penghantar makanan. 

Facebook post Puan Charlene yang dikongsi sebanyak 2,300 kali menerima 184 komen dari pengguna lelaman sosial ini.

 

Pada 4 Januari 2020, Puan Charlene membuat penempahan makanan menerusi aplikasi Foodpanda. Apabila penghantar makanannya tiba di lokasi, beliau mendapat notifikasi. Apa yang sepatutnya menjadi alamat rumahnya di Braddell, rupa-rupanya alamat hotel Holiday Inn Singapore Orchard City Centre – tempat penginapannya beberapa hari lalu. 

Dengan perasaan kesal, Puan Charlene cuba bertanya kepada penghantar makanannya, Muhammad Nur Syahir, jika beliau boleh menghantar makanan tersebut ke rumahnya. Disebabkan alamat yang jauh, Syahir tidak boleh melakukan sedemikian. Puan Charlene segera minta maaf dan memberitahu Syahir untuk terima mengambil makanan tersebut untuk dirinya sendiri. Tambahan pula, Puan Charlene janji akan membayar Syahir menerusi aplikasi PayNow kerana Puan Charlene telah memilih khidmat bayaran ‘cash on delivery’

Walaupun Syahir sudah memberi kata putusnya, ia menjadi kejutan buat Puan Charlene apabila beliau mendapat tahu bahawa Syahir berusaha membuat perjalanan ke rumahnya. Syahir tiba di pintunya dengan senyuman lebar dan Puan Charlene kagum apabila mengetahui Syahir juga seseorang yang kurang daya pendengaran.

Kisah ini telah menyentuh hati ramai netizen yang turut memuji tindakan Syahir: 

 

 

Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini, Puan Charlene dan Syahir telah menunjukkan sifat saling memahami. TehTarik.sg harap kisah ini boleh menjadi pendorong untuk masyarakat kita sentiasa terbuka hati, hormat antara satu sama lain dan sentiasa melakukan yang terbaik dengan ikhlas.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read