Bulan Raikan Ilmu disambut dengan meriah Oktober ini, bersama lebih 100 program online dan 12,000 kotak hadiah diagihkan kepada orang ramai. Lagu rasmi mereka, ‘Sama Raikan’, juga viral setelah dikongsi lebih 1,200 kali di Facebook. Walaupun acara-acara fizikal terjejas akibat pandemik COVID-19, Yayasan MENDAKI tetap menghidupkan tema bulan Raikan Ilmu tahun ini – Cintakan Ilmu, Perkukuhkan Daya Tahan. Bukan itu sahaja, masih ada pelbagai aktiviti hingga penghujung bulan ini.
APA ITU RAIKAN ILMU?
Bulan Raikan Ilmu 2020 anjuran Yayasan MENDAKI merupakan tahun kedua kempen ini dijalankan dengan tujuan memancing minat masyarakat kita untuk terus menimba ilmu, tanpa mengira masa dan tempat.
Dikhususkan pada bulan Oktober setiap tahun, pelbagai program untuk kanak-kanak dan orang dewasa telah dijalankan seperti acara Reading @ Cyber Garden. Di acara online siaran langsung itu, orang ramai berpeluang menonton sesi bercerita oleh Nek Selampit, perkongsian keluarga selebriti Huda Ali dan interaksi bersama pengacara lucu, Abang J.

Selain daripada Reading @ Cyber Garden, acara The Learning Festival turut dijalankan sepanjang bulan ini, dengan permainan untuk kanak-kanak serta bengkel dan webinar untuk belia dan orang dewasa. Belajar sambil bermain dengan Dawn of Civilization dan Minecraft.
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
BARISAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN
Usia memang bukan penghalang menimba ilmu. Orang ramai boleh mendaftarkan diri secara online untuk aktiviti yang mereka minat seperti personal branding, bahasa Arab peringkat asas, bengkel untuk ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, bengkel lakonan kanak-kanak, bengkel rekaan grafik dan macam-macam lagi.

Lihat sahaja kalendar di atas dan pilih sahaja acara yang ingin disertai melalui laman mikro Raikan Ilmu.
Siri Program Televisyen dan Acara Penutup Raikan Ilmu Hour
Jika anda lebih gemar menonton rancangan daripada menyertai bengkel, anda boleh saksikan siri L.N.S Kafe di saluran Suria, yang dipenuhi dengan kisah-kisah inspirasi untuk seisi keluarga. Jangan lupa tonton pada hari Jumaat, 9 malam di Suria, atau tonton semula dari episod pertama di lelaman mewatch.

Bulan Raikan Ilmu juga akan menutup tirai dengan acara penutup secara online yang dinamakan Raikan Ilmu Hour pada malam 30 Oktober nanti. Ia bertujuan menyatukan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menimba ilmu dan mengongsi pengetahuan tanpa mengira tempat atau masa.
Dipengacarakan oleh Sujimy Mohamad, siaran langsung itu juga akan disertai persembahan khas Datuk Ramli Sarip serta penampilan khas oleh pelakon-pelakon L.N.S Kafe seperti Rahman Rahim, Haryani Othman dan Atyy Malek, Ustazah Liyana Musfirah dan pemuzik sepenuh masa Riduan Yusoff dan Faiz Yusoff. Acara dibuka kepada orang ramai. Ayuhlah, tonton bersama acara ini!
Untuk maklumat lanjut tentang bulan Raikan Ilmu, orang ramai boleh ke lelaman ini atau lungsuri Facebook page Yayasan Mendaki.
This article is written by our writer. Feel free to share.