Berita

Vaksin COVID-19: 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Seluruh dunia sedang menanti penawar bagi wabak COVID-19. Selalunya, sebuah vaksin memerlukan jangka masa 10 hingga 15 tahun untuk...

· 2 min read >

Seluruh dunia sedang menanti penawar bagi wabak COVID-19. Selalunya, sebuah vaksin memerlukan jangka masa 10 hingga 15 tahun untuk disediakan. Tetapi kini, para penyelidik sedang kerja keras untuk menghasilkannya dalam waktu setahun sahaja. Ramai pula yang tidak sabar untuk vaksin tersebut dihasilkan. Ini lah perkongsian pakar perubatan.

Laporan terkini menyatakan sudah ada 165 calon vaksin di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, India, China dan Singapura. Kini 30 projek vaksin sudahpun berada dalam fasa percubaan terhadap manusia oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS dan juga syarikat farmasi dari Amerika Syarikat, Artcturus Therapeutics.

1. Boleh vaksin itu disediakan pada tahun 2021?

Sumber: The Korea Herald

Dr Jerome Kim, Ketua Pengarah dari Institut Vaksin Antarabangsa, berkongsi bahawa terdapat 6 calon vaksin yang berada di peringkat ketiga percubaan dengan hasil tindak balas yang baik. Percubaan vaksin ini telah diuji dengan haiwan monyet dan pakar perubatan harus berhati-hati apabila membuat penyelidikan ke atas haiwan sebelum ia digunakan untuk manusia.

Hasil kajian terkini dari Universiti Oxford dan syarikat terbesar farmasi, AstraZeneca, telah menunjukkan lebih dari 1,000 individu sukarelawan yang memberi respons imun kuat. Kumpulan penyelidik ini juga berpengalaman membuat kajian terhadap virus-virus lain seperti Ebola, Chikungunya dan Middle East Respiratory Syndrome (MERS). 

“Pada pendapat saya, syarikat-syarikat farmasi belum mengenal pasti virus COVID-19 dengan sepenuhnya. Ini adalah satu cabaran bagi seluruh industri farmasi,” kata Encik Sudarshan Jain, setiausaha agung Pakatan Farmaseutikal India. Namun, beliau berpandangan ada kemungkinan empat atau lima vaksin akan disediakan tahun depan. 

Dr Kim juga turut mengakui bahawa jika semua berjalan dengan lancar, sekurang-kurangnya satu vaksin akan selesai fasa percubaannya.

2. Adakah ia akan dijamin selamat?

Sumber: Economic Times

Sebelum sesebuah vaksin boleh diluluskan, ia perlukan kajian yang sangat mendalam dan teliti. Proses kajian selalunya memakan 5 hingga 10 tahun. Tetapi oleh kerana wabak COVID-19 semakin darurat, vaksin yang diciptakan dalam masa yang singkat telah membawa satu kemusykilan.

Menurut Dr Kim, yang menjadi suatu tanda tanya adalah jika kita mempunyai data mencukupi untuk meyakinkan jika vaksin ini selamat. “Walaupun vaksin ini akan melalui ribuan penilaian keselamatan, kita masih tidak dapat meramalkan hasilnya,” ujar Dr Kim.

Professor Ooi, Timbalan Pengarah dari Institut Perubatan Duke-NUS berpendapat bahawa, “antara menjadi penghasil vaksin yang pertama atau penghasil vaksin yang tepat, ia lebih penting untuk menghasilkan vaksin yang tepat.” 

3. Adakah semua negara akan mendapat tahap akses kepada vaksin yang sama?

Sumber: New York Times

Tentu sekali setiap negara mempunyai pegangan politik masing-masing. Contohnya, Amerika Syarikat telah didakwa merebut hak akses vaksin eksklusif daripada syarikat farmasi di Jerman dan Perancis.

Menurut Prof Ooi, sikap pentingkan diri sendiri amat ketara kerana negara yang mendapat vaksin itu akan keluar dari semua situasi ‘lockdown’ dan ekonomi mereka boleh pulih lebih pantas dari negara-negara yang belum mendapatkan vaksin. 

Walau bagaimana pun, Encik Jain percaya bahawa setiap negara akan mendapatkan bekalan  vaksin yang secukupnya kerana terdapat beberapa vaksin yang sedang dihasilkan di seluruh dunia. 

4. Bila kita semua boleh menerima suntikan vaksin?

Sumber: Bio Spectrum India

Menurut Dr Jain, disebabkan beliau tidak menghidap sebarang penyakit pada masa ini, beliau jangka tidak akan mendapatkan vaksin tersebut sebelum akhir tahun depan. Maknanya, bagi orang ramai, vaksin ini akan disediakan pada tahun 2022.

“Jika kita mahu mempercepatkan produksi dan pengedaran vaksin, ia akan memakan masa.” tambah Dr Jain.

Syarikat-syarikat dan negara-negara sudah pun membuat kontrak bersama pelbagai organisasi dan badan pengeluaran untuk bersedia menghasilkan vaksin tersebut bila tiba masanya. 

Jika kita memerlukan 60 hingga 70 peratus manusia untuk menerima suntikan ini supaya masyarakat akan capai ‘imuniti kelompok’, seramai 6 bilion manusia perlu mendapat suntikan vaksin ini. 

Jika setiap suntikan memerlukan dua dos, jumlah dos vaksin yang diperlukan adalah kira-kira 12 bilion. Untuk menghasilkan jumlah sebanyak itu dalam masa setahun merupakan satu cabaran.

5. Dengan vaksin ini, boleh keadaan pulih seperti sediakala?

Sumber: Business Insider

Satu dunia telah terjejas akibat impak wabak COVID-19 ini. Dr Jain merasakan keadaan tidak akan kembali normal dalam masa singkat dalam tahun pertama apabila vaksin ini dikeluarkan.

“Kita harus bertanggungjawab dan tidak harus lalai dalam mengambil langkah-langkah keselamatan penting seperti memakai pelitup muka dan memastikan jarak selamat,” kata Dr Jain.

Virus ini telah timbul dari seekor binatang dan ia mustahil untuk setiap haiwan menerima vaksin ini. Maka, virus ini mungkin akan timbul dan merebak lagi dalam masa akan datang. Orang ramai harus bersedia bahawa ada kemungkinan vaksin pertama ini tidak akan menghentikan virus itu daripada menjangkiti orang lain. 

Namun, ia akan menjadi pelindung kesan sampingan COVID-19 yang lebih teruk dan nyawa pesakit akan terjaga supaya orang ramai tidak perlu bimbang lagi jika didapati menghidapi virus COVID-19. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read