Berita

Sumbangan Ikhlas Masyarakat Berjaya Bantu Lebih 30,000 Individu. Kini BAPA Mengumpul Dana Untuk Membantu Lebih Ramai Lagi.

Badan sosial tanpa keuntungan (non-profit) BAPA mungkin dikenali sesetengah masyarakat Melayu Islam Singapura. Mereka telah berjaya membantu lebih 30,000...

· 2 min read >

Badan sosial tanpa keuntungan (non-profit) BAPA mungkin dikenali sesetengah masyarakat Melayu Islam Singapura. Mereka telah berjaya membantu lebih 30,000 individu melalui pelbagai program pendidikan dan keagamaan serta usaha kemasyarakatan. Kini, mereka bergiat mengumpul dana sekali lagi. Artikel ini senaraikan apa anda mungkin tidak tahu tentang BAPA.

1. BAPA Lebih Tua Dari Negara Singapura

Sumber: bapa.org.sg

Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA) dimulakan pada tahun 1957 dengan tujuan untuk memberi pendidikan akademik dan keagamaan yang di dalam kemampuan kalangan penduduk kawasan Radin Mas. BAPA didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada tahun 1960 dan kemudian, sebagai sebuah badan amal pada tahun 1989.

2. BAPA Beri Peluang Beramal Menerusi Tin Can Project

Sumber: bapa.org.sg

Untuk mendekati masyarakat, BAPA juga mengeluarkan inisiatif ‘Tin Can Project’. Orang ramai boleh mendaftar untuk dapatkan tin-tin ini dan bantu mengumpul dana. Dana ini akan menyokong usaha kemanusian luar negara yang dijalankan oleh BAPA serta program-program da’wah yang dikendalikan.

Untuk maklumat lanjut tentang tin can project, lungsuri lelaman ini.

3. BAPA Bekerjasama Dengan Berbagai Rakan Masyarakat Melalui Projek Sahabat Al-Qur’an

Di samping Tin Can Project, BAPA juga melancarkan projek Sahabat Al-Qur’an di mana tabung-tabung diletakkan di restoran dan kedai di seluruh Singapura. Hasil dari pungutan tabung tersebut akan membantu BAPA melestarikan idaman untuk mendapatkan bangunan tersendiri buat Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas.

Antara rakan masyarakat yang bekerjasama dengan BAPA adalah Butik Golden Chance, cawangan Al-Barakah serta Restoran Saffrons. Terdapat 50 rakan masyarakat yang menyokong usaha murni ini. Jadi jikalau anda ternampak tabung BAPA ini, jangan lupa untuk memberikan sedikit sumbangan ya?

Sumber: bapa.org.sg

4. BAPA Menyediakan Makanan Kepada Yang Memerlukan

Sumber: bapa.org.sg

Makanan seharian merupakan hak asas setiap manusia. BAPA telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengumpul dana dan menaja makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Dalam proses mengagihkan makanan itu juga, mereka pastikan makanannya berkhasiat, berkualiti dan lazat.

4. BAPA Juga Membantu Golongan Muslim Kurang Daya Upaya

Program disediakan membantu orang Islam yang kurang daya penglihatan dan pendengaran untuk turut mengenali agama Islam dengan lebih mendalam sejak tahun 2011. Melalui program ini, pelajar akan menjalani kelas-kelas seperti Akhlak, Quranic Braille, Fiqh, Tauhid, Sejarah Islam, Iqra’ dan Mempelajari Istilah Islam Melalui Bahasa Isyarat.

Untuk mengetahui lebih, lungsuri lelaman ini.

5. BAPA Mendirikan Salah Satu Madrasah Tahfiz Di Singapura

Sumber: bapa.org.sg

Pada awal tahun 50’an, Sekolah Ugama Radin Mas (SURM) ini mendidik para pelajar dari segi ilmu fardhu ain di Surau Radin Mas.

Kini, Madrasah Tahfiz SURM didaftar sebagai satu-satunya Madrasah Tahfiz Sepenuh Masa di Singapura dan dikendalikan oleh BAPA.

Sebelum waktu COVID-19, kelas-kelasnya ditempatkan di Masjid Darul Aman. Pada waktu ini, BAPA terpaksa menggunakan ruang-ruang kecil di pejabat BAPA untuk meneruskan kelas secara fizikal di samping kelas-kelas online (home based learning) secara tambahan. Kelas fizikal juga dipastikan mengikuti langkah keselamatan di Singapura.


Namun, BAPA telah memulakan usaha mengumpul dana untuk menyediakan bangunan tersendiri bagi Madrasah Tahfiz ini dengan tujuan membantu anak-anak tahfiz belajar dengan selesa. Dengan cara ini, mereka juga dapat tumpuan daripada para Asatizah yang boleh memantau hafalan Al-Quran mereka. BAPA berharap untuk menyediakan bangunan ini sebelum tahun 2025.  


Orang ramai boleh memberi sokongan kepada dana pembangunan Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas melalui: 

  • PayNow UEN No.: S60SS0007E001 
  • Bank Transfer ke: OCBC Current Account: 7130-0828-2001 
  • Penghantaran cek ke: Badan Agama Dan Pelajaran Radin Mas
  • Lelaman rasmi BAPA (to hyperlink: https://www.bapa.org.sg/giro-application/)

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read

Vaksin COVID-19: 5 Perkara Anda Perlu Tahu

in Berita
  ·   2 min read