fbpx

Berita

S’Pura: Lawatan Hospital Boleh Melebihi 20 Minit Kalau Diuji Negatif Bagi COVID-19

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), hospital-hospital di Singapura akan benarkan masa lawatan yang lebih panjang bagi mereka yang sudah melalui...

· 36 sec read >

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), hospital-hospital di Singapura akan benarkan masa lawatan yang lebih panjang bagi mereka yang sudah melalui ujian COVID-19 mulai 21 Jun.

Sebelum ini, setiap lawatan tidak boleh melebihi 20 minit. Kini, masa lawatan lebih panjang dibenarkan bagi mereka yang diuji negatif COVID-19 jika:

  • Mereka melawat pesakit yang sakit tenat
  • Mereka melawat pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan seperti kurang daya mental, dan yang terlibat dalam latihan penjaga
  • Mereka merupakan bakal atau sudah pun melahirkan bayi

Ujian hanya boleh dilakukan pada hari lawatan dengan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART), yang disediakan oleh pihak hospital. Ujian tersebut juga akan dibiayai oleh MOH, bagi pelawat yang ingin ke wad bersubsidi.

Menurut Hospital Besar Singapura (SGH) dalam catatan Facebook mereka, ujian COVID-19 ini tidak diperlukan bagi pelawat yang tidak melebihi 20 minit.

Langkah keselamatan bagi lawatan pesakit mungkin berbeza bagi setiap hospital dengan perkembangan COVID-19. TehTarik.sg sarankan untuk hubungi atau lungsuri lelaman hospital dan periksa proses lawatan sebelum menziarahi orang-orang tersayang.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read