Berita

“SOMETIMES, HIDAYAH CAN COME FROM DARK PLACES” – Perkongsian Silam Dua Individu Viral

Kisah silam dua individu yang terjebak dalam gejala negatif dari maksiat hingga ke dadah menjadi viral sekali lagi. Walaupun...

· 1 min read >

Kisah silam dua individu yang terjebak dalam gejala negatif dari maksiat hingga ke dadah menjadi viral sekali lagi. Walaupun dikongsi pada tahun 2015, jalan cerita mereka mendapat hidayah berjaya menyentuh hati netizen dan mengingati orang ramai bahawa petunjuk boleh hadir di mana-mana. Status Facebook yang mengandungi kisah mereka dikongsi lebih 3,000 kali online.

Status itu dimuatnaikkan ke Facebook page Singapore Muslim Community bermula dengan kisah pertama – tentang seorang individu yang berada dalam keadaan mabuk dan dalam perjalanan pulang dari tempat karaoke ke rumah dua wanita yang baru dikenali malam itu.
Tanpa disedarinya, dua wanita yang disangka adik-beradik itu rupa-rupanya pasangan ibu dan anak.

Pada saat itu, beliau tersedar dan mula rasa jijik dengan diri sendiri. Beliau menanya diri sendiri, “Apa yang I dah buat dengan hidup I sampai I boleh jumpa orang-orang macam itu?”

Kisah beliau pula diikuti dengan kisah individu kedua – seseorang yang menjual dan sedang mengambil dadah bersama pelanggan biasanya. Apabila di dalam sebuah bilik hotel bersama pelanggan serta isteri pelanggan, beliau diajak ke kedai kopi kerana isterinya memerlukan ruang bilik itu. 

Beliau dapat tahu isteri pelanggannya “menjual” diri dengan pengetahuan si suami dan tidak lama lagi akan menyambut dan melayani lelaki lain. Saat itulah beliau mengambil keputusan untuk berubah dan beliau berjaya meninggalkan dunia lamanya. Kini, beliau telah sambung belajar semula dan mendapat pekerjaan stabil.

Dengan kesedaran, datang lah keinsafan dan niat untuk mengubah hidup. Kisah-kisah tersebut menarik perhatian ramai netizen yang turut meninggalkan komen-komen positif dan memberangsangkan:

Setiap orang tidak bebas dari kesilapan dan status Facebook tersebut juga diakhiri dengan peringatan bahawa hidayah tidak sahaja datang dari tempat yang baik-baik sahaja. Kadang kala, walaupun berada di dalam situasi yang gelap dan serba tiada harapan, di situlah hidayah boleh diperolehi.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read