fbpx

Berita

Siapa kata kita tak cukup masa untuk mengaji? Masjid Wak Tanjong Keluarkan Khidmat Quranbit Untuk Membantu!

Bayangkan seorang ibu tunggal yang memikul tanggungjawab berat menjaga ibu bapa uzur dan anak-anak hingga tiada peluang melapangkan masa...

· 2 min read >

Bayangkan seorang ibu tunggal yang memikul tanggungjawab berat menjaga ibu bapa uzur dan anak-anak hingga tiada peluang melapangkan masa untuk ke kelas mengaji. Bayangkan pekerja shift malam yang terlalu letih kerja sepanjang malam dan perlu rehat serta melakukan kerja rumah pada siang hari. Bagaimana mereka mengurus masa untuk membaca Al-Quran?

Dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi, Admin TehTarik.sg percaya ramai yang akan usaha untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran. Ada segelintir yang mungkin cepat melontarkan alasan ‘terlalu sibuk’ / ‘tidak cukup masa’/ ‘time dah lambat’ tetapi mungkin ini kerana mereka tidak tahu akan khidmat sokongan yang tersedia! (Husnuzon, brothers and sisters…)

JANGAN SIA-SIAKAN MASA 

Apabila kita masih muda dan bertenaga, macam-macam kita nak lakukan. Kerja siang malam cari rezeki, melancong ke luar negara, kumpul duit simpanan nak kahwin (ahem…). Ini juga masa terbaik untuk kita mengejar ilmu. Minda dan otak kita masih cerdas untuk serap ilmu baru yang bermanfaat, apatah lagi ilmu Al-Quran. Kalau kita boleh luangkan masa satu jam untuk makan tengah hari, kenapa tak boleh luangkan satu minit sahaja untuk imbas kembali satu rangkap surah Al-Quran, betul tak? Ini sekadar peringatan sahaja untuk tidak mempersiakan masa yang ada. (They say we live on borrowed time, am I right?)

Jika usia kita sudah meningkat, ini tidak bermakna kita tidak mampu belajar lagi. Ini petanda kita perlu rebut masa yang ada. Ilmu Al-Quran itu luas dan kita boleh sahaja rujuk kepada pakar asatizah yang boleh membimbing kita dalam perjalanan ini. Fisabilillah. Setiap usaha kita lakukan demi keredhaan Allah, pasti ada berkatnya. Bila kita buat masa untuk cari ilmu, masa itu akan diberkati dan urusan kita dipermudahkan. Makin dekat lah hubungan kita kepada kitab suci Al-Quran. Kita mesti yakin ingin belajar, betul tak?


Tapi Admin TehTarik.sg, kalau kita dah ada niat tapi jadual kita tak tentu macam mana? Siapa yang sanggup tolong?

Don’t you worry. Sentapan minda artikel ini bukan sekadar untuk thought catalog Admin semata-mata.

Khidmat Mengaji Quranbit Mendapat Sambutan Baik, Lebih 3,000 Pelajar Tampil Ke Hadapan

Khidmat Quranbit percuma ini anjuran Masjid Wak Tanjong Singapura bertujuan membantu orang ramai belajar Al-Quran secara mudah dan percuma melalui Whatsapp atau Telegram. Setiap pelajar yang berminat akan digandingkan dengan asatizah tersendiri. Pelajar boleh hantarkan bacaan satu ayat setiap hari kepada asatizah mereka melalui ciri rakaman suara. Tak usah gementar atau risau, satu minit sehari sahaja. Nak baca sebelum tidur ke, selepas habis kerja ke, terserah kepada apa you mampu!

A picture containing graphical user interface
Description automatically generated
Sumber Gambar: Masjid Wak Tanjong

Kemudian, mereka akan terima maklum balas dan diajar mengikut hukum tajwid melalui rakaman video pula. Pelajar akan diberikan markah untuk pantau kemajuan diri. Khidmat Quranbit ini senang untuk dimanfaatkan tidak kira tempat dan masa.

Admin TehTarik.sg, saya minat tapi malu lah… Usah khuatir. Khidmat ini tidak memerlukan anda menunjukkan diri. Tambahan pula, jika pelajar yang mendaftar tidak mengenal huruf, para asatizah akan membantu mereka dari peringkat permulaan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
 

“Sebenarnya… Saya tidak tahu mengaji dan segan akan apa orang ramai akan fikirkan tentang diri saya ini. Saya bertudung dan rajin jaga solat tetapi malu kerana tidak tahu baca Quran. Suami saya sering ajak saya tetapi ini lah kelemahan saya sebelum mencuba khidmat Quranbit,” luahan seorang pelajar wanita dewasa Quranbit. Bila Admin TehTarik.sg dengar testimoni ini, Admin tabik kesungguhan wanita tersebut mencari ilmu dan sifat tidak putus asa!

A hand holding a tablet
Description automatically generated with low confidence
Sumber Gambar: Masjid Wak Tanjong

Kesan Quranbit juga tidak terlepas dirasakan oleh asatizah yang membantu. Kongsian seorang asatizah, “Pelbagai pelajar daripada pelbagai latar belakang. Saya lihat kesabaran mereka, ketekunan mereka… Sangat memberi motivasi buat saya. Ketekunan mereka dalam mengaji Quran menantikan maklum balas merupakan satu kepuasan diri yang tidak dapat digambarkan.” 

Usaha Masjid Wak Tanjong Terbaru: ‘Impactbit’

Banyak masa dan tenaga telah diberikan oleh pihak Masjid Wak Tanjong serta ratusan asatizah yang sedia membantu sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan diri kepada Al-Quran.

Kini, Masjid Wak Tanjong telah pun melancarkan ‘Impactbit’, usaha yang memanggil sumbangan ikhlas orang awam untuk menjayakan Quranbit buat jangka masa panjang. Selain menyokong inisiatif Quranbit, orang ramai juga boleh menderma untuk menyediakan bekalan makanan bagi golongan yang kurang berkemampuan serta para jemaah masjid (jemaah solat Jumaat ataupun juadah iftar/bubur pada bulan Ramadan).

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan ikhlas anda, PAYNOW kepada UEN: S35MQ0068A atau lungsuri lelaman mereka impactbit.waktanjong.org.  


Akhir kata, setiap antara kita mempunyai 24 jam sehari. Kita yang memilih bagaimana untuk meluangkan masa tersebut. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

4 Kelebihan Hari Arafah

in Berita
  ·   1 min read