Berita

Seorang Yang Istimewa Ketika Bernyawa, Luar Biasa Ketika Meninggal Dunia – Singapura Mengucapnya Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Fadil.

Seorang insan istimewa telah kembali ke rahmahtullah baru-baru ini. Pada 16 Disember, Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman telah meninggal dunia....

· 1 min read >

Seorang insan istimewa telah kembali ke rahmahtullah baru-baru ini. Pada 16 Disember, Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman telah meninggal dunia. Walaupun Allahyarham berada dalam keadaan serba sederhana dan istimewa keadaannya, pemergiannya telah membawa kesan kepada ramai rakan selebriti, pihak masjid dan segala lapisan rakyat Singapura. Mengapa ingatan kepada Allahyarham Fadil menjadi begitu besar di masyarakat Singapura? Mari kita huraikan. 

Beliau sering dilihat ramai sebagai seorang yang gemar menziarahi masjid-masjid di merata Singapura sejak remaja lagi mengikuti ceramah, majlis selawat dan maulid. Beliau juga sering membantu mengutip derma walaupun beliau berada dalam keadaan istimewa. Kadang kala, Allahyarham akan menceriakan suasana majlis dengan membelikan makanan atas usahanya sendiri serta berinteraksi dengan orang ramai yang hadir. 

Jasa dan kehadiran beliau diingati ramai. Ini terbukti kerana ramai rakan selebriti dan asatizah di Singapura turut mengongsikan ucapan takziah melalui Facebook dan Instagram.

Ustaz Hannan Hassan

Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum

Ustaz Nuzhan Halim

Khairudin Samsudin

Syah Ibrahim

Marina Yusoff

AB Shaik

Selain daripada rakan-rakan selebriti, Masjid Al-Mukminin juga menghasilkan sebuah video untuk mengenang jasa Allahyarham Fadil.

 

Video tersebut dikongsi lebih 4,200 kali dan ditonton lebih 321,000 kali (tepat pada 21 Disember 2020). Beberapa netizen juga mengucapkan takziah kepada keluarganya. 

Menurut abang kepada Allahyarham Fadil, Encik Mohammad Latif Sulaiman, Allahyarham dipercayai terjatuh di sebuah stesen MRT sekitar 2.40 petang setelah mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH). 

Walaupun Encik Latif dan sekeluarga telah bergegas ke hospital selepas mendapat berita tersebut, mereka tidak sempat bertemu Allahyarham kerana beliau telah disahkan meninggal dunia oleh doktor sekitar sejam selepas mengalami kesesakan nafas. 

Allahyarham Fadil telah selamat dikebumikan di Pusara Aman pada 17 Disember. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang beriman. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read

Vaksin COVID-19: 5 Perkara Anda Perlu Tahu

in Berita
  ·   2 min read