Berita

“SELEPAS BERPISAH, DIA MUATNAIKKAN KANDUNGAN EKSPLISIT SAYA UNTUK KEUNTUNGAN SENDIRI” – Kisah Lelaki Mendera Teman Wanita Bawah Umur Viral Di Twitter

· 1 min read >

Didera secara fizikal, dipergunakan, duitnya dicuri dan video-video peribadinya dijual secara online. Berikut adalah kisah hubungan toksik yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Melzie, tentang bekas teman lelakinya di pertengahan bulan Jun ini. Pada ketika itu, Melzie hanya berumur 15 tahun.

Dengan lebih 15,000 retweets, Melzie mula menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Teman lelakinya, Aidyl, pada masa itu berusia 21 tahun.

SEMUANYA BERMULA DENGAN MANIPULASI

Ketika mereka masih bersama, Aidyl sering menyuruh Melzie menipu tentang usianya. Aidyl tidak ingin rakan-rakannya menyangka apa-apa tentang Aidyl kerana Melzie terlalu muda atau bawah umur.

Selain daripada manipulasi, Aidyl juga pernah menyepak Melzie sehingga dia tidak boleh dengar dengan betul. Melzie mengaku bahawa Aidyl meminta maaf dan memaksa Melzie untuk tidak memberitahu sesiapa.

RATUSAN DUIT DIHABISKAN

Melzie diugut secara emosi untuk menampung pembayaran teksi dan segala perbelanjaan jika mereka keluar bersama. Sekali lagi, dia meminta maaf dan memaksa Melzie untuk berdiam diri.

Aidyl juga tidak segan untuk tinggal bersama Melzie dan keluarganya setiap hari. Menurut Melzie, dia kehilangan sekitar $800 yang disimpan di rumah. Walaupun hanya Aidyl sahaja yang tahu di mana wang itu disimpan, Aidyl berkeras bahawa Melzie yang hilangkan duit itu.

Pada penghujung hubungan mereka, Aidyl telah mengambil $500 daripadanya dan meminta wang itu diberikan secara tunai supaya tiada bukti pindahan wang kepadanya. Kemudian, Aidyl mati-mati menekankan bahawa wang itu tidak pernah wujud dan tidak pernah dipinjam.

WALAUPUN HUBUNGANNYA BERAKHIR, PERMAINAN MINDA MASIH BERTERUSAN

Selepas Melzie mengakhiri hubungan mereka, Aidyl tetap cuba untuk berbaik semula dengan Melzie. Dia mengatakan bahawa dia dimasukkan ke hospital bahagian A&E atas alasan “patah hati.”

Apabila Melzie menolaknya sekali lagi, Aidyl mengambil tindakan untuk menjual kandungan eksplisit Melzie sebagai kandungan lucah kanak-kanak untuk membuat keuntungan sendiri.

Pada mulanya apabila disoal, Aidyl tidak mengaku tindakannya. Apabila dibukti salah, Aidyl cuba memburukkan namanya.

Selain daripada bermain dengan fikiran Melzie, Aidyl juga cuba melibatkan rakan-rakan Melzie ke dalam masalah rumit ini.

Reaksi Netizen

Ramai netizen mengongsi pandangan mereka atas apa yang berlaku. Ada yang memberi kata-kata dorongan kepada Melzie…

Ada juga yang turut marah terhadap bekas teman lelakinya…

SEJARAH BERULANG

Menurut Melzie, Aidyl masih menipu ramai orang untuk meminjam duit untuk membayar wang pampasan keluar penjara dengan alasan bahawa “neneknya sakit” ataupun “bekas teman wanita yang psycho.”

Kini, Melzie telah membuat aduan polis terhadap Aidyl dua tahun lalu dan kesnya akan dibawa ke mahkamah. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post