Berita

“SEKIAN LAMA TAK ZIARAH KUBUR” – Tanah Perkuburan Choa Chu Kang Dibuka Semula

Dengan permulaan Fasa Kedua pada 19 Jun, orang ramai boleh mula menziarahi kubur tetapi dinasihati mengatur waktu menziarah mengikut...

· 56 sec read >

Dengan permulaan Fasa Kedua pada 19 Jun, orang ramai boleh mula menziarahi kubur tetapi dinasihati mengatur waktu menziarah mengikut jadual pembersihan dan berhati-hati jika ingin ke tanah perkuburan terlebih dahulu.  

Minggu ini, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengumumkan bahawa aktiviti penziarahan kubur boleh diteruskan semula, termasuk tanah perkuburan Choa Chu Kang dan semua kolumbaria yang diuruskan pemerintah di Mandai, Yishun dan Choa Chu Kang.

Menurut kenyataan NEA, pemotongan rumput akan selesai mengikut tiga tarikh berbeza bagi kawasan-kawasan tertentu iaitu pada – 19 Jun, 30 Jun dan 19 Julai. Ada juga kawasan yang tidak akan digunakan untuk kebumian dan yang sedang dalam proses penggalian.

I know many among us are looking forward to the start of Phase 2 on Friday. One of the socio-religious activities we…

Posted by Masagos Zulkifli on Tuesday, 16 June 2020

Dalam kenyataan Facebook Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli mengingatkan orang ramai untuk menggunakan kasut pelindung untuk keselamatan diri. Terdapat beberapa kebimbangan yang dibangkitkan mengenai keadaan tanah perkuburan yang kini dipenuhi rumput panjang, semak-samun, pembiakan nyamuk dan juga ular.  

Pengunjung menziarahi kubur dihadkan kepada lima orang sahaja dari setiap keluarga. Bagi kremasi, upacara pengebumian dan upacara kematian, sehingga 20 orang dibenarkan hadir pada satu-satu masa.

Pastikan anda gunakan pelitup dan jaga jarak selamat satu meter. Teruskan menjaga kebersihan diri dan elakkan tempat orang ramai. Warga emas dan kanak-kanak kecil dinasihati agar tidak menziarah kubur buat masa ini.

Ramai netizen membanjiri ruang komen dengan perasaan syukur mengikuti pengumuman ini:

Kini, kerja pembaikan dan pembersihan jalan sudah pun bermula untuk memudahkan urusan penziarahan kubur. Orang ramai diharapkan kerjasama untuk memahami bahawa pihak berkuasa memerlukan lebih masa untuk selesai kerja pembersihan pada waktu ini.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read