Berita

“Saya Bersetuju Untuk Libatkan Diri Dalam Musim Ini Tanpa Gaji” – Baihakki Khaizan Kembali Main Bola Sepak Di Singapura

Siapa tak kenal Baihakki Khaizan? Pemain bola sepak Singapura ini akan kembali ke Liga Perdana Singapura tidak lama lagi...

· 55 sec read >

Siapa tak kenal Baihakki Khaizan? Pemain bola sepak Singapura ini akan kembali ke Liga Perdana Singapura tidak lama lagi dan akan bermain secara percuma. 

Selepas berada di Thailand selama 28 bulan dan menjadi rakyat Singapura yang pertama untuk mendapat gol ketika bermain untuk Udon Thani, beliau rasa sudah tiba masanya untuk pulang ke tanah air. Berkongsi dengan media rasmi, Baihakki mengatakan bahawa beliau ingin mengutamakan keluarganya.

“Saya amat suka pengalaman saya di Thailand, terutama sekali apabila ia tiba di penghujung kerjaya saya. Saya berjaya untuk mengatasi cabaran ini,” kata Baihakki. 

“Selama ini, isteri saya membantu anak-anak untuk belajar di rumah dan saya hanya mahu pulang, untuk laksanakan tanggungjawab saya sebagai ayah. Saya juga sudah bersedia jika saya akan hilang pekerjaan kerana virus COVID-19.” 

Namun, peluang untuk Baihakki tiba tepat pada masanya apabila penaja bajunya, Ryuden Sports, berbincang bersama pengerusi kelab Tampines Rovers, Desmond Ong. Baihakki juga menambah bahawa beliau tertarik dengan keikhlasan mereka. 

“Saya dapat lihat keikhlasan mereka yang tidak melibatkan kewangan untuk musim ini dan tahun depan. Oleh itu, saya bersetuju untuk libatkan diri dalam musim ini tanpa gaji dan hanya mendapat bonus pertandingan. Saya sudah tak sabar untuk bermula,” katanya. 

Sebelum ini, Baihakki telah mewakili Singapura sebanyak 137 kali dan kali terakhir bermain untuk kelab di Singapura adalah pada tahun 2017. Beliau juga telah membantu Singapura menang tiga pingat Asean Football Federation Suzuki. 

Semoga Baihakki dapat teruskan minatnya bersama kelab Tampines Rovers dan memberi inspirasi kepada anak muda kita untuk bina kerjaya mereka.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post