Berita

PM LEE: Pilihan raya umum akan bermula, 2.65 juta warga Singapura akan mengundi nanti

Pada jam 4 petang tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah sampaikan amanat secara langsung kepada seluruh Singapura menerusi...

· 58 sec read >

Pada jam 4 petang tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah sampaikan amanat secara langsung kepada seluruh Singapura menerusi Facebook, TV dan radio. Pilihan Raya Umum akan bermula dan tarikh Hari Mengundi akan jatuh pada 10 Julai 2020.

Untuk menyaksikan amanat PM Lee lagi:

Pengumuman PM Lee: Pilihan Raya Umum Akan Dimulakan

Untuk sesiapa yang terlepas pengumuman PM Lee tadi.

Posted by TehTarik.sg on Tuesday, 23 June 2020

Tarikh Penting Pilihan Raya Umum 2020 Buat Masa Ini

Sumber: CNA

Dalam amanatnya, PM Lee mengongsi bahawa beliau telah menasihati Presiden Halimah Yacob untuk bubarkan Parlimen dan keluarkan Writ Pilihan Raya.

This morning, I advised President Halimah Yacob to dissolve Parliament and issue the Writ of Election. Nomination Day…

Posted by Lee Hsien Loong on Tuesday, 23 June 2020

Pada petang tadi juga, Presiden Halimah Yacob telah menyetujui nasihat tersebut, termasuk tarikh bagi Hari Penamaan Calon (Nomination Day) yang akan diadakan pada 30 Jun 2020, Selasa depan. 

Menurut siaran akhbar Jabatan Pilihan Raya (ELD), Hari Mengundi (Polling Day) di Singapura pula akan jatuh pada hari Jumaat, 10 Julai 2020. Di bawah undang-undang Singapura, Hari Mengundi juga diisytiharkan sebagai hari cuti umum.

Sumber: CNA

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Dr Tan Meng Dui, turut dinamakan sebagai Pegawai Pilihan Raya (Returning Officer) tahun ini. 

2.65 Juta Rakyat Singapura Akan Mengundi

Sumber: CNA

Seramai 2.65 juta rakyat Singapura layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum tahun ini.  

Para pengundi boleh semak butiran mereka online di lelaman ini di bawah ‘Registers of Electors’ ataupun menerusi aplikasi telefon bimbit SingPass di bawah bahagian ‘Profile – Registers of Electors’.

Jika nama mereka tidak dimasukkan sebagai pengundi, ELD menggalak mereka untuk daftar diri di lelaman yang sama supaya mereka juga boleh mengundi dalam pilihan raya tahun ini. 

Pilihan Raya Umum 2020 akan menentukan siapa yang bakal memerintah Singapura pada lima tahun akan datang. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post