Berita

Phase 2 Bermula Hari Ini.

Berita baik untuk semua! Setelah selesai Circuit Breaker, Singapura akan bergerak ke Phase 2. Inilah senarai apa yang dibolehkan...

· 1 min read >

Berita baik untuk semua! Setelah selesai Circuit Breaker, Singapura akan bergerak ke Phase 2. Inilah senarai apa yang dibolehkan dan yang masih tidak dibenarkan di Phase 2.

1. Pertemuan Di Tempat Awam Dan Di Rumah

Sumber: Reuters

Antara kegiatan yang boleh dilakukan semula termasuk pertemuan sehingga lima orang, di tempat awam atau di dalam rumah.

2. Makanan & Minuman

Sumber: Singapore Brand

Perkhidmatan home-based boleh sambung semula dalam Fasa 2. Perniagaan runcit juga boleh membuka semula kedai fizikal.

Akhirnya! Orang ramai boleh makan serta minum di kedai-kedai F&B. Meja makan tetap perlu jarak 1 meter antara satu sama lain. Namun, persembahan muzik secara live serta tayangan video dan televiyen belum boleh dibenarkan buat masa ini. 

Sekiranya anda ingin makan bersama ahli keluarga atau kawan-kawan, pastikan jarak 1 meter harus dipatuhi antara kumpulan, dengan setiap kumpulan tidak lebih lima orang. Pakai pelitup muka jika tidak makan atau minum.

3. Pendidikan

Sumber: CNA

Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) akan dibuka semula dan pelajar akan kembali ke sekolah setiap hari dari 29 Jun 2020. Mulai tarikh sama, lebih banyak kegiatan luar darjah juga akan dibenarkan semula secara bertahap. IHL akan meningkatkan bilangan pelajar yang kembali ke kampus untuk pembelajaran bersemuka secara bertahap.

Turut boleh disambung semula adalah kelas tuisyen dan kelas pengayaan lain, kecuali kelas bernyanyi dan latihan vokal. 

4. Sukan, Taman Dan Kemudahan Awam Lain

Sumber: The Straits Times

Tempat-tempat seperti taman dan kemudahan awam lain juga akan dibuka semula termasuk taman permainan, pantai, stadium, kompleks renang, dewan sukan, gimnasium dan studio kesihatan. 

Ruang serbaguna dan kemudahan sukan dan riadah dalam kondominium juga akan dibenarkan untuk dibuka semula. 

Tempat awam yang lebih besar seperti pusat membeli-belah akan mengehadkan jumlah orang dan akan mencegah orang ramai dari beratur dalam baris berpanjangan. Kemudahan awam lain seperti perpustakaan awam, pusat khidmat pemerintah akan dibuka secara bertahap. 

5. Semua Perkhidmatan Kesihatan Lain

Sumber: The Straits Times

Semua perkhidmatan kesihatan lain, termasuk khidmat penjagaan warga tua dalam masyarakat serta pemeriksaan kesihatan individu akan disambung semula.

Lawatan bersemuka di kemudahan bagi warga tua, termasuk rumah rawatan, rumah kebajikan, rumah tumpangan dan rumah bagi orang kurang upaya dewasa, juga akan dibuka semula. 

6. Pernikahan

Sumber: Berita Mediacorp

Bagi pernikahan di rumah dan di ROMM, 10 orang, tidak termasuk kadi, akan dibenarkan untuk menghadiri majlis tersebut. 

Bagi pernikahan di luar rumah pula, 20 orang dibenarkan untuk menghadirinya.

7. Urusan Kematian

Sumber: The Straits Times

Bagi urusan pengebumian dan persemadian, 20 orang dibenarkan untuk menghadirinya. 

Jika ingin menziarahi tanah perkuburan, pengunjung terhad dalam kumpulan 5 orang sahaja.  

TIDAK DIBENARKAN

Sumber: TodayOnline

Aktiviti yang melibatkan kontak untuk jangka masa panjang tidak dibolehkan dalam Fasa 2. Ini untuk memastikan bahawa tiada kemunculan kelompok baharu. Aktiviti yang tidak dibolehkan termasuk:

  • Majlis keagamaan yang melibatkan ramai jemaah
  • Tapak kebudayaan yang besar seperti perpustakaan dan muzium
  • Acara besar-besaran seperti persidangan, pameran, konsert dan pameran perdagangan
  • Tempat hiburan seperti bar, kelab malam, tempat karaoke, panggung wayang serta tarikan dalam bangunan dan tarikan luar

Sementara kita semua ghairah menyambung kegiatan hidup masing-masing, kita tetap harus memainkan peranan mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi, mematuhi pemakaian pelitup dan sentiasa kekalkan jarak selamat.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read