fbpx

Berita

Pertolongan Sedia Ada Untuk Yang Perlukan

Dengan penutupan banyak tempat dan arahan untuk kerja dan belajar di rumah, ramai yang menghadapi kehilangan kerja dan sumber...

· 2 min read >

Dengan penutupan banyak tempat dan arahan untuk kerja dan belajar di rumah, ramai yang menghadapi kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Usah risau, kami akan bantu senaraikan bantuan tersedia di Singapura bagi sesiapa yang terjejas akibat COVID-19. 


Setiap kategori yang disenaraikan memerlukan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari lelaman MSF atau di mana-mana SSO atau Kelab Masyarakat. 

Sumber: Today


Dana Bantuan Sementara (Temporary Relief Fund)

Dana Bantuan Sementara adalah untuk individu yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kekurangan pendapatan sekurang-kurangnya 30% disebabkan COVID-19.


Kriteria kelayakan:

  • Warga Singapura (SC) atau Penduduk Tetap (PR) berusia 16 tahun ke atas;
  • Pendapatan bulanan kasar Isi Rumah (HHI) ≤$10,000, atau Pendapatan Per Kapita bulanan (PCI) ≤$3,100 sebelum pekerjaan atau pendapatan terjejas;
  • Tidak menerima bantuan ComCare


Golongan ini akan menerima wang tunai sebanyak $500 pada bulan April 2020, dalam bentuk PayNow atau cek. 


Dokumen diperlukan: 

  • NRIC
  • Surat pemberhentian kerja atau penamatan kontrak 
  • Dokumen-dokumen relevan yang membuktikan pengurangan pendapatan disebabkan COVID-19 (contoh: slip gaji, Penyataan CPF dsb)

Permohonan untuk dana ini dibuka dari 1 April hingga 30 April 2020 dan boleh dilakukan secara online atau di Kelab Masyarakat.

Sumber: The Straits Times

Geran Sokongan COVID-19 (COVID-19 Support Grant)


Geran ini adalah untuk individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan COVID-19. 


Kriteria kelayakan:

  • SC/PR berusia 16 tahun ke atas;
  • HHI kasar bulanan ≤$10,000, atau PCI ≤$3,100 sebelum menganggur;
  • Tinggal di hartanah yang nilai tahunan tidak melebihi ≤$21,000;
  • Bekerja sebagai kakitangan sepenuh masa atau separuh masa tetap atau kontrak sebelum menganggur;
  • Tidak menerima bantuan ComCare


Jika layak, golongan ini akan menerima wang tunai bulanan sebanyak $800 selama 3 bulan, yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Di samping itu, golongan ini juga akan mendapat bantuan pekerjaan dan/atau latihan dari Workforce Singapore atau e2i. 


Dokumen diperlukan:

  • NRIC
  • Nombor akaun bank
  • Surat pemberhentian kerja / penamatan kontrak


Permohonan untuk dana ini akan dibuka dari
1 Mei hingga 30 September 2020

Sumber: National Council of Social Services

Dana Ketabahan (The Courage Fund)


Dana ini untuk keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat COVID-19. Dana ini bertujuan untuk membantu keluarga (SC/PR) yang mempunyai antara satu daripada berikut:

  • ahli keluarga yang telah dijangkiti COVID-19 
  • ahli keluarga yang telah mendapat Notis duduk di rumah (SHN) 
  • ahli keluarga yang dikenakan cuti tanpa hadir (LOA) atau perintah kuarantin (HQO). 


Bantuan akan diberikan jika keluarga ini mendapat HHI kasar bulanan ≤$3,900 atau PCI ≤$1,350 sebelum COVID-19 dan telah mengalami sekurang-kurangnya 10% kehilangan pendapatan disebabkan COVID-19. Penerima bantuan ComCare juga boleh buat permohonan untuk dana ini.


Keluarga yang terjejas oleh COVID-19 akan menerima $1,000 (bergantung pada pendapatan per kapita isi rumah selepas COVID-19), dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank. 


Dokumen diperlukan:

  • NRIC
  • Nombor akaun bank
  • Bukti SHN, LOA atau HQO
  • Dokumen untuk membuktikan kekurangan pendapatan disebabkan COVID-19


Permohonan untuk dana ini akan dibuka
dari 6 April 2020. Permohonan harus dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh akhir SHN, LOA atau HQO.

Sumber: Inc.com

Skim Pelepasan Pendapatan Individu Bekerja Sendiri (SIRS)


Skim ini adalah bagi individu yang bekerja sendiri (SEP) seperti penjaja makanan atau pemandu teksi. Skim ini akan bermula pada Mei 2020. 


Kriteria kelayakan:

  • Mula bekerja sebagai SEP pada atau sebelum 25 Mac 2020
  • Tidak meraih pendapatan sebagai pekerja
  • Meraih Pendapatan Perniagaan Bersih ≤$100,000
  • Duduk di hartanah yang nilai tahunan ≤$13,000
  • Tidak memiliki dua atau lebih hartanah
  • Bagi SEP yang sudah berumah tangga, suami dan isteri tidak boleh memiliki dua atau lebih hartanah
  • Pendapatan yang Ditaksir suami/isteri ≤$70,000


Golongan ini akan menerima wang tunai suku tahunan sebanyak $3,000 yang akan diagihkan pada bulan Mei, Julai dan Oktober 2020. 

Sumber: Yahoo News Singapore


Bayaran Khas Daya Kerja

Bayaran khas ini adalah untuk pekerja berpendapatan rendah, termasuk SEP. Kriteria kelayakan bantuan ini adalah mereka haruslah sudah menerima Pendapatan Tambahan Daya Kerja (WIS) pada 2019. Golongan ini akan menerima dua bayaran sebanyak $1,500 setiap kali, yang akan dibuat pada bulan Julai dan Oktober 2020.


Kongsi artikel ini dengan sesiapa yang memerlukannya. Semoga tabah dalam masa sukar ini dan terus bersatu-padu sebagai rakyat Singapura!

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

4 Kelebihan Hari Arafah

in Berita
  ·   1 min read