Berita

Pernah Dibuang Sekolah; Kini Sumbang Kembali Kepada Masyarakat – BeSpoke Barbers & Co Ke Hadapan Untuk Ceriakan Ramadan

Ramadan merupakan sebuah bulan yang mulia buat umat Islam. Banyak syarikat menyumbang tenaga untuk bantu mereka yang memerlukan.Diantara mereka...

· 1 min read >

Ramadan merupakan sebuah bulan yang mulia buat umat Islam. Banyak syarikat menyumbang tenaga untuk bantu mereka yang memerlukan.Diantara mereka ialah pengasas Bespoke Barbers & Co, Noor Muhamed. 

Pada hujung minggu lalu, Bespoke Barbers & Co telah bekerjasama dengan Harun Ghani Education Fund (HGEF), Woodlands Malay Activities Executive Committee (MAEC) dan Chapalang Bikers di bawah kempen ‘Gift Of Heart – Baju Raya & Snip Cut 2021’. Kempen ini bertujuan untuk menceriakan Ramadan dan Raya kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan ataupun yang telah dipenjarakan.

Pernah Dibuang Sekolah

Noor (di kanan) bersama bapanya

Perjalanan Noor sebagai seorang tukang gunting rambut bukan mudah. Malah, beliau pernah dibuang sekolah akibat bergaul dengan rakan-rakan yang berperanguh negatif. 

“Waktu itu, saya sudah tiada motivasi dan sering jumpa kawan-kawan untuk lepak. Bila dibuang sekolah, saya rasa bangga. Begitu lah pemikiran pada waktu itu,” Noor kongsikan. 

Apabila beliau melihat kembali perjalanan pendidikannya, Noor mula merasa kesal lalu kembali ke sekolah dan menduduki peperiksaan peringkat GCE ‘O’. Pada usia 23 tahun, Noor berjaya untuk memasuki Politeknik Temasek. 

Dengan masa lampau sedemikian, Noor lebih cenderung membantu kanak-kanak yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

Ingin Sumbang Kembali Kepada Masyarakat

Noor bersama seorang anak kecil yang menerima potongan rambut secara percuma.

Dengan mengikuti pesan bapanya untuk sering menyumbang kembali kepada masyarakat, Noor memulakan inisiatif bersama HGEF, Woodlands MAEC dan Chapalang Bikers. Dengan inisiatif ini, setiap kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan ataupun yang telah dipenjarakan akan menerima potongan rambut secara percuma serta habuan hari raya.

Habuan tersebut mengandungi makanan-makanan harian seperti pek Milo, bijiran sarapan dan biskut. Menurut Noor, habuan ini telah dikeluarkan dari sakunya sendiri dan rakan-rakan lain. 

“Kami memberitahu rakan-rakan dan keluarga bahawa kami ingin melakukan aktiviti beramal ini. Mereka sumbang wang dan kami telah meraih sekitar $1,200 wang untuk membeli habuan ini,” Noor berkata. 

Selain daripada potongan rambut yang percuma dan habuan, kanak-kanak ini juga menerima duit raya. 

Reaksi Kanak-Kanak

Noor dilihat memotong rambut kanak-kanak

Walaupun kanak-kanak ini segan untuk mengucapkan terima kasih kepada Noor dan pekerja-pekerjanya, Noor dapat lihat mereka kelihatan ceria dan sering tersenyum setelah mendapat potongan rambut. 

“Mereka bukan tidak tahu bagaimana untuk ucapkan terima kasih. Mereka tidak berpengalaman untuk meluahkan perasaan mereka oleh itu mereka hanya senyum. Buat kami, apabila kami lihat mereka senyum, kami pun rasa puas hati,” kata Noor. 

Dengan potongan rambut ini, Noor percaya bahawa ia akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ini terutama sekali dengan menjelangnya Syawal. Beliau juga mengongsikan bahawa beliau berasa gembira untuk ceriakan kanak-kanak ini. 

TehTarik.sg amat menyokong inisiatif macam ini. Maklum lah, sumbangan kita boleh mengubahkan dan menceriakan Syawal kanak-kanak ini. Siapa lagi yang boleh menjaga anak-anak ini selain masyarakat kita sendiri. 

Bespoke Barbers & Co merupakan syarikat potongan rambut buat jejaka-jejaka Singapura. Orang ramai boleh mengunjungi kedai rambut ini di 108 Joo Chiat Road #02-0, Singapore 427401. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read