Berita

Pendekatan seimbang bagi pekerja asing cipta peluang pekerjaan untuk warga Singapura

Di parlimen baru-baru ini, isu pendekatan seimbang bagi pekerja asing dan pekerja tempatan telah dikemukakan. Bagi memastikan ekonomi Singapura...

· 1 min read >

Di parlimen baru-baru ini, isu pendekatan seimbang bagi pekerja asing dan pekerja tempatan telah dikemukakan.

Bagi memastikan ekonomi Singapura terus berkembang dan terdapat peluang pekerjaan yang baik untuk warga Singapura, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing, telah menyatakan bahawa pemerintah tidak boleh mengambil pendirian yang berpihak kepada pengambilan pekerja asing.

Menurut beliau lagi, “Keseimbangan ini dicapai dengan mempertimbangkan tiga faktor: keperluan industri dan perusahaan kami, keperluan pekerja generasi ini dan peluang untuk anak-anak kami pada generasi akan datang.”

Tambahan pula, Kementerian Pembangunan Negara & Kementerian Tenaga Manusia Zaqy Mohamad juga telah menyediakan data yang menunjukkan bagaimana lebih banyak peluang pekerjaan telah dicipta untuk warga Singapura berbanding dengan penduduk tetap (PR) dan warga asing.

Encik Zaqy mendedahkan antara tahun 2015 hingga 2018, jumlah pekerjaan (tidak termasuk pembantu rumah asing) dalam sektor-sektor Pelan Transformasi Industri (ITM) meningkat sebanyak 19,500.

Ini terdiri daripada kenaikan pengambilan pekerja Warga Singapura (SC) sebanyak 39,300; peningkatan dalam pengambilan Penduduk Tetap (PR) sebanyak 8,600; dan kemerosotan dalam pengambilan pekerja warga asing sebanyak 28,500.

Beliau mengongsi data tersebut sebagai tindak balas kepada soalan dari Anggota Parlimen (MP) Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh.

“Data ini menggalakkan kerana kami telah berusaha untuk memastikan pekerjaan untuk rakyat Singapura,” kata Encik Zaqy. 

 

Warga Singapura masih diutamakan 

Encik Chan menekankan bahawa pemerintah sentiasa memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan untuk warga Singapura. Untuk memastikan warga Singapura kekal bekerja, pemerintah telah melabur dalam strategi pendidikan yang berterusan seperti inisiatif SkillsFuture dan Adapt & Grow.

Encik Chan menjelaskan bahawa pemerintah Singapura memahami bahawa warga Singapura bimbang tentang masa depan, terutama pekerja matang yang tidak menjalani sebarang bentuk latihan sejak mereka mula bekerja. Menurutnya lagi, isu ini akan disentuh pada Bajet Belanjawan tahun ini.

Bagi mencapai kemajuan – dan dalam pada itu, menghasilkan peluang pekerjaan bagi warga Singapura dan generasi akan datang – syarikat-syarikat mungkin perlu mengambil pekerja asing pada masa ini.

Kini, terdapat segolongan warga Singapura mungkin tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Terdapat kemungkinan bahawa jumlah warga Singapura tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dalam sektor yang pesat membangun seperti teknologi infokom. 
Namun, Pemerintah Singapura juga telah mengumumkan rancangan untuk memastikan bahawa penduduk Singapura tidak akan ketinggalan di belakang penduduk tetap atau warga asing dengan langkah-langkah punitif diambil ke atas syarikat yang mengamalkan dasar pengambilan pekerja tidak adil.

 

Pendapat netizen berbelah bagi

Selepas strategi ekonomi dan tenaga manusia ini telah dibentangkan, TehTarik.sg hanya boleh memerhatikan komen-komen yang diberikan online.

Ada yang menyokong dan memanggil masyarakat untuk mempertingkatkan diri dengan kemahiran dan daya saing…

 

 

Ada juga yang mempertikaikan teori keberkesanan strategi ini…

 

Kesimpulannya, kerja keras kita menjaga periuk nasi masing-masing ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun pandangan netizen, TehTarik.sg berharap orang kita akan terus kuatkan semangat untuk hadapi cabaran masa akan datang. 

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read