Berita

Pasangan-Pasangan Singapura Berkahwin Secara Online

Disebabkan wabak virus COVID-19, perkahwinan-perkahwinan di Singapura terjejas. Namun, undang-undang baru telah diluluskan di Parlimen yang membolehkan pernikahan dan...

· 1 min read >

Disebabkan wabak virus COVID-19, perkahwinan-perkahwinan di Singapura terjejas. Namun, undang-undang baru telah diluluskan di Parlimen yang membolehkan pernikahan dan pendaftaran bagi kedua-dua perkahwinan sivil dan Muslim untuk dilakukan secara online. Kini, beberapa pasangan Singapura mencatat sejarah dengan perkahwinan mereka yang menggunakan kaedah ini.

Pernikahan Secara Online

Disebabkan wabak virus COVID-19, perkahwinan-perkahwinan di Singapura terjejas. Namun, undang-undang baru telah diluluskan di Parlimen yang membolehkan pernikahan dan pendaftaran bagi kedua-dua perkahwinan sivil dan Muslim untuk dilakukan secara online. Kini, beberapa pasangan Singapura mencatat sejarah dengan perkahwinan mereka yang menggunakan kaedah ini.

Dengan sekali lafaz, Mohd Fikri Samsuri dan pasangannya Zuliyana Hamid selamat dinikahkan. Mereka sepatutnya bernikah pada 23 April tetapi rancangan itu terganggu akibat wabak virus COVID-19. Dengan pernikahan ini, Fikri dan Zuliyana menjadi pasangan Muslim pertama di Singapura untuk bernikah secara online. 

“Pengalaman saya untuk membaca akad nikah dengan taklid seperti biasa, Alhamdulilah saya rasa ada pihak di depan kita itu kita harus bersalaman kan, tapi selain dari itu ucapannya seperti biasa, bezanya ialah orang itu tidak ada di depan kita tapi ada di video jadi pada saya sama,” kongsi Fikri. 

Untuk pastikan proses pernikahan ini berjalan dengan lancar, terdapat beberapa syarat dan peraturan yang perlu diikuti. 

Apabila berkongsi dengan sumber rasmi, Ustaz Nor Razak Bakar mengatakan bahawa mereka harus pastikan kedua pengantin, saksi dan wali dapat melihat antara satu sama lain. Sebagai jurunikah juga, beliau harus pastikan suara mereka jelas didengar. 

Selain itu, semua pihak yang terlibat terutama sekali, pengantin, saksi dan wali perlu berada di Singapura. Dengan ini, proses pernikahan boleh dijalankan dengan lancar. 

Perkahwinan Sivil Secara Online

Pada bulan Mei ini juga, perkahwinan Lim Ding Yi dan Jeremy Gan berjaya disahkan secara online dengan lebih 60 orang yang turut meraikan bersama. 

“Kita tidak tahu bagaimana situasi ini bakal menukar, oleh itu kita ingin mempercepatkan perkahwinan kita. Kita tidak mahu tangguhkan perkahwinan ini lagi,” jawab Jeremy apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk berkahwin secara online. 

Pasangan ini juga akan mengadakan upacara teh, untuk mengikut tradisi mereka, pada masa yang akan datang. 

Reaksi Netizen

Perkahwinan secara online telah menarik pelbagai reaksi netizen. Ada yang turut bangga:

Ada yang kata cara ini dapat jimatkan wang:

Ada yang kata perkahwinan pada masa ini lebih baik ditangguh: 

Walau apapun, ini semua pilihan masing-masing. Kalau dah jodoh, tak akan ke mana. Semoga perkahwinan pasangan-pasangan pada masa ini berkekalan hingga ke hujung hayat. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read