Makan Ideas

“Mereka suruh saya baca surah Al-Fatihah untuk tahu sama ada saya umat Islam ataupun tidak” – Mualaf Kongsi Pengalaman Menjual Hidangan Keistimewaannya

Di sebalik gerai 786 Char Kway Teow adalah pemiliknya, Encik Anis Ang. Ramai yang tidak tahu bahawa beliau telah...

· 1 min read >

Di sebalik gerai 786 Char Kway Teow adalah pemiliknya, Encik Anis Ang. Ramai yang tidak tahu bahawa beliau telah memeluk agama Islam sejak 9 tahun yang lalu. Encik Anis mewarisi gerainya sekarang daripada neneknya yang sebelum ini menjual hidangan Zi Char. Walaupun beliau kini menghidangkan Char Kway Teow yang halal, terdapat ramai orang yang meragui makanan yang dijualnya.

Dahulu, oleh kerana minat Encik Anis terhadap agama Islam dan bacaan ayat Al-Quran, beliau turun ke Darul Arqam untuk mencari Al-Quran yang diterjemahkan ke bahasa Cina dan guru yang boleh membimbingnya. Namun, gerai beliau tidak memaparkan sijil halal dan gerainya pula terletak di kalangan kedai-kedai yang tidak halal.

“Beberapa orang pernah tanyakan soalan yang membuat saya sangat sedih. Soalan seperti, “Anda pandai membaca Al-Fatihah?”, luah Encik Anis. 

Namun begitu, masih terdapat segolongan pelanggan tetap yang menyokong perniagaan beliau. Encik Anis juga memaparkan kad yang membuktikan beliau telah memeluk agama Islam bagi mereka yang kurang pasti. 

TehTarik.sg telah muatnaikkan video penuh kisahnya di YouTube:

Papan tanda merah gerai Encik Anis akan bernyala untuk menandakan gerainya sedang beroperasi. Kalau anda mengunjungi gerai beliau dan bidainya ditutup setengah, Encik Anis mengongsi bahawa ia bermakna beliau kemungkinan sedang mendirikan solatnya.

Gerai Encik Anis sering dikunjungi oleh pelanggan tetap dari merata Singapura kerana harga Char Kway Teow beliau sangat berpatutan. 

Dengan harga antara $3 hingga $5 sahaja, pelanggan juga boleh pilih untuk menambah kerang atau kway teow pada harga yang sangat rendah. Hidangan ini juga dimasak secara fresh bila pelanggan datang ke kaunter untuk memesan makanan.

Jika anda ingin mencuba Char Kway Teow yang asli dengan cara masakan Zi Char yang Halal, ajak kawan-kawan, saudara mara dan rakan kerja untuk cuba dan beri sokongan kepada Encik Anis! 

Alamat: 786 Char Kway, Pasar Makanan 115 Bukit Merah View. 

Waktu Operasi: 12 Petang – 8 Malam

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

Ice Ball in Singapore

in Videos, Makan Ideas
  ·   1 sec read

Betul ke Produk Halal Ini Ada Daging Babi?

in Berita, Makan Ideas
  ·   55 sec read

Roti Ini Susah Nak Dapat Di Singapura

in Makan Ideas
  ·   2 sec read