fbpx

Berita

Masjid Wak Tanjong Lancarkan ‘Quranbit’ Dan Berjaya Bantu 3,000 Pelajar Mengenali Al-Quran. Lebih Sokongan Masyarakat Diperlukan.

Khidmat Quranbit percuma anjuran Masjid Wak Tanjong Singapura bertujuan untuk membolehkan orang ramai mempelajari Al-Quran serta memperbaiki bacaan mereka....

· 1 min read >

Khidmat Quranbit percuma anjuran Masjid Wak Tanjong Singapura bertujuan untuk membolehkan orang ramai mempelajari Al-Quran serta memperbaiki bacaan mereka. Hanya dengan meluangkan seminit setiap hari, setiap pelajar yang mendaftar hanya perlu rakamkan suara bacaan mereka dan menghantarnya kepada asatizah melalui talian WhatsApp atau Telegram untuk diberikan maklum balas dan bimbingan khusus buat setiap individu. Mudah kan?

Dimulakan sejak April 2020, sejak permulaan pandemik COVID-19, Quranbit telah memanfaat pelajar di Singapura daripada pelbagai latar belakang, tidak kira usia. Kaedah fleksibel ini memudahkan pelajar untuk sertai dari mana-mana sahaja mengikut kelapangan masa dan tahap kemahiran mereka. Pelajar juga tidak akan dikenakan apa-apa bayaran.

Bukan itu sahaja. Quranbit juga berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk mendekatkan diri dengan agama dan mengeratkan silaturrahim antara golongan awam dan para asatizah tempatan.

Masjid Wak Tanjong Gigih Mengalu-alukan Sumbangan Masyarakat

A picture containing graphical user interface

Description automatically generated
Sumber Gambar: Masjid Wak Tanjong


Pada tahun 2021, Quranbit telah berjaya adakan sebanyak 38,000 sesi setiap bulan untuk 5,000 pelajar bersama 220 asatizah. Ini merupakan 15% lebih daripada tahun sebelumnya. Kini, Masjid Wak Tanjong bercita-cita untuk mengadakan sebanyak 300,000 sesi setiap bulan bersama 700 asatizah menjelang hujung tahun 2022 ini. Dengan rancangan ini, khidmat Quranbit boleh membantu seramai 70,000 pelajar!

Untuk mencapai sasaran ini, pihak masjid perlu mengumpul dana sebanyak SGD $1,500,000 demi melengkapi 4 objektif utama:

1. Menjana pendapatan supaya Quranbit menjadi khidmat yang boleh bertahan sendiri

2. Meninggalkan impak lebih dalam kehidupan pelajar melalui modul-modul ringkas (seperti Tilawabit, Tafsirbit dan sebagainya)

3. Membina ekosistem dengan kerjasama badan-badan Melayu Islam dan rakan masyarakat

4. Mendekati golongan yang segan atau sukar mendapat wadah belajar baca Al-Quran dengan cara yang menghormati keperibadian mereka tanpa sebarang andaian

Map

Description automatically generated

Sumber Gambar: Masjid Wak Tanjong

Baru-baru ini, Masjid Wak Tanjong telah melahirkan inisiatif baru dinamakan Impactbit di mana orang ramai boleh menderma untuk menyokong usaha-usaha masjid ini, termasuk Quranbit dan menyediakan bekalan makanan bagi golongan memerlukan.

Dengan sumbangan serendah SGD 4.00 setiap bulan, para asatizah boleh mengadakan 12 sesi Quran setiap tahun. Bayangkan, jika kita mengajak 10 teman-teman atau ahli keluarga tersayang untuk turut membantu, kita boleh mengadakan sebanyak 130 sesi Quran dalam setahun!

Jika anda berminat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas, PAYNOW kepada UEN: S35MQ0068A atau lungsuri lelaman mereka – impactbit.waktanjong.org.

Selain sumbangan wang, anda juga boleh mengambil bahagian dalam usaha ini dengan menyebarkan tentang Quranbit dan Impactbit kepada rakan dan ahli keluarga. Setiap sumbangan ikhlas anda akan membantu golongan yang dahagakan ilmu Al-Quran.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Membaca Surah Al-Fatihah Dengan Baik

in Berita
  ·   2 min read