Berita

Latihan Operasi Akan Dijalankan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands Hari Khamis Ini

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) umumkan bahawa satu latihan operasi akan dijalankan di pusat pemeriksaan Woodlands pada awal...

· 24 sec read >

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) umumkan bahawa satu latihan operasi akan dijalankan di pusat pemeriksaan Woodlands pada awal hari Khamis ini (9 November) pada jam 1.30 pagi hingga 3 pagi.

 

Pegawai-pegawai ICA akan lakukan pemeriksaan keselamatan terperinci bagi beberapa pelawat dan kenderaan tertentu. Latihan operasi itu bertujuan untuk “uji dan sahkan rancangan dan prosedur kecemasan di pusat-pusat pemeriksaan”, menurut kenyataan medianya pada hari Selasa lalu.

 

ICA menasihatkan para pelawat di pusat pemeriksaan supaya jangan cemas. Petanda-petanda juga akan disediakan untuk beritahu para pelawat tentang latihan operasi itu. Tambah ICA lagi, “Kami minta pemahaman dan kerjasama para pelawat.”

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *