fbpx

Berita

“Kami risau tentang perkembangan pelajar tahfiz di sini.” – BAPA Mengumpul Dana Demi Membina Bangunan Madrasah Tahfiz Singapura

Sekolah-sekolah Singapura telah dibuka semula pada 2 Jun selepas ditutup akibat COVID-19. Namun, nasib Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin...

· 1 min read >

Sekolah-sekolah Singapura telah dibuka semula pada 2 Jun selepas ditutup akibat COVID-19. Namun, nasib Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas (SURM) tidak serupa. Demi membina suasana yang menyokong perkembangan mereka dalam waktu COVID-19 ini, BAPA memulakan inisiatif kumpul dana untuk mendirikan bangunan sekolah khas dan kini, memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai.

Pembelajaran Terjejas Akibat COVID-19

Sumber: bapa.org.sg
(Gambar ini diambil sebelum Circuit Breaker) 

Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA) merupakan sebuah badan sosial tanpa keuntungan (non-profit) yang mengendalikan SURM. SURM adalah salah satu madrasah tahfiz sepenuh masa di Singapura. 

Ustaz Fizar Zainal, Pengarah Eksekutif BAPA, telah mengongsikan di dalam sebuah interview online baru-baru ini bahawa SURM tidak mempunyai bangunan tersendiri. Sebelum waktu Circuit Breaker, kelas-kelas SURM diadakan di dalam Masjid Darul Aman.

Pada masa ini, BAPA menyewa ruang di luar hanya seminggu sekali untuk meneruskan kelas secara fizikal di samping kelas-kelas online (home based learning). Kelas fizikal juga dipastikan mengikuti langkah keselamatan di Singapura.

Jika disediakan sebuah bangunan khas untuk beroperasi, kelas-kelas fizikal boleh diadakan dengan lebih kerap dan selamat bagi para pelajar. Dengan kelas fizikal itu juga, Asatizah boleh memantau prestasi hafalan Al-Quran antara para pelajar. Kini, ia merupakan satu “jihad” bagi pelajar tahfiz kerana menghafal dan menghayati Al-Quran amat sukar melalui skrin komputer.

Tanpa ruang sekolah yang kekal, pihak SURM risau jika perkembangan pelajar tahfiz akan lebih terjejas. Demi mengutamakan pendidikan mereka, para Asatizah terus memberi sokongan yang diperlukan dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyokong usaha mengumpul dana ini.

VISI MADRASAH TAHFIZ

Sumber: bapa.org.sg 
(Gambar ini diambil sebelum Circuit Breaker) 

Dimulakan pada tahun 2009, Madrasah Tahfiz ini mempunyai visi untuk bina generasi baru yang memahami dan menghafal kitab Al-Quran. Pelajar boleh mendaftar sepenuh masa atau secara sambilan dari peringkat darjah rendah hingga pra universiti. Kemudian, mereka akan diberi peluang untuk menghafal kitab Al-Quran.

“Kita merasakan bahawa ia suatu fardhu kifayah di Singapura untuk mengadakan sebuah sekolah yang menyediakan ruang dan tempat untuk anak-anak watan Singapura menghafal Al-Quran serta mempelajari ilmu-ilmu yang lain tanpa melangkah kaki ke luar negara,” kongsi Ustaz Fizar. 

Dengan itu, usaha mengumpul dana dimulakan dengan tujuan mendapatkan bangunan khas supaya pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz ini boleh terus menimba ilmu dengan selesa dan selamat.

SOKONGAN ORANG RAMAI DIPERLUKAN

Sumber: bapa.org.sg

Untuk membuat sumbangan ikhlas kepada dana pembangunan Madrasah Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas, anda boleh:

  • PayNow UEN No.: S60SS0007E001 
  • Bank Transfer ke: OCBC Current Account: 7130-0828-2001 
  • Penghantaran cek ke: Badan Agama Dan Pelajaran Radin Mas
  • Lelaman rasmi BAPA

Dengan dana yang dikumpul, BAPA berharap untuk menyediakan bangunan ini sebelum tahun 2025.  

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

4 Kelebihan Hari Arafah

in Berita
  ·   1 min read