fbpx

Berita

Kalau Sakit Leher Dan Kepala, Buat Lima Senaman Ni!

Di Singapura, ramai pasti tidak sedar bagaimana cara mereka duduk di depan komputer menjejas badan mereka dari segi fizikal...

· 1 min read >

Di Singapura, ramai pasti tidak sedar bagaimana cara mereka duduk di depan komputer menjejas badan mereka dari segi fizikal dan mental, lebih-lebih lagi bila kita selalu kerja dari rumah.

TehTarik.sg senaraikan lima senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk melegakan rasa sakit badan.

1. MEREGANGKAN OTOT TRAPEZIUS

Sumber: Loop Chicago

Otot trapezius, terdapat di bahagian atas bahu dan sering menjadi kejang selepas sehari duduk di depan komputer. Untuk stretching sikit, dekatkan telinga kanan ke bahu kanan selama 5 saat, lalu, tolak kepala ke bahu kiri dan tunggu 5 saat. Kan senang! Lega sikit.

2. SENAMAN MENGGUNAKAN RESISTANCE BAND

Sumber: Gethealthyu

Senaman ini agak ringkas dan perlukan hanya 2 minit sahaja. Senaman ini boleh mengurangkan tegangan di bahu dan leher dan melegakan sakit kepala.

Dengan menggunakan resistance band,hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan. Dengan tangan kanan, tarik ke kanan dan dengan tangan kiri tarik ke kiri. Tarik sejauh mungkin. Pastikan bahu tidak terangkat dan tulang belikat menyentuh apabila membuat senaman ini. Tahan posisi ini sebelum kembali ke posisi awal. Senang jer! 

3. CHIN TUCKS

Sumber: Revolution Chiro

Senaman ini bermanfaat untuk memperbaiki postur kepala, leher dan bahu. Caranya amat mudah. Duduk dengan tegak dan turunkan dagu ke dada. Tahan posisi ini selama 5 saat.

4. RUTIN BERJALAN ATAU BERLARI

Sumber: Open Fit

Latihan aerobik boleh mengurangkan migrain dan kesakitan. Sekiranya masih bekerja di rumah dan tidak dapat berjalan-jalan pada waktu siang atau tengahari, kita boleh berlari-lari anak selepas waktu kerja ataupun pada hujung minggu. Kalau tak minat jalan kaki sahaja, cuba lah berbasikal!

5. PERGERAKAN MOBILITI

Sumber: NY Times

Melakukan senaman pergerakan mobiliti atau dynamic mobility boleh membantu mengurangkan ketegangan otot di kepala, leher dan bahu. Untuk melegakan otot yang boleh menyebabkan sakit kepala, mulakan dengan posisi yoga – downward dog atau cat-cow stretch. Kedua-dua posisi ini boleh yang meningkatkan pengaliran darah dan tenangkan minda. 

Sumber: Gaia

Untuk melakukan posisi downward dog yoga ini, letakkan tangan dan kaki di lantai, dan naikkan punggung ke arah siling. Posisi ini akan mewujudkan bentuk V dengan badan. Dengan melakukan aktiviti ini, mereka akan rasa tegangan di tali pinggang. 

Sumber: Hindustan Times

Untuk posisi Cat-Cow Stretch ini pula, letakkan tangan dan lutut di lantai seperti ingin merangkak. Tarik nafas mendalam dan letakkan dagu ke arah dada. Kemudian keluarkan nafas dan naikkan punggung ke atas seperti kucing. Tahan selama 5-10 saat.

Tak kisah lah kerja di rumah atau di pejabat, yang penting, kita perlu bersenam dan jaga kesihatan diri. Cuba lah, apa lagi? Mana tahu hilang rasa sakit-sakit tu…

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read