Berita

#JUSTICEFORALI: Video Viral Anak Autistik Dianiayai Sedang Disiasat

Minggu ini, sebuah video pendek telah viral di mana seorang anak kecil autistik diperlakukan secara kasar oleh pakar terapinya....

· 1 min read >

Minggu ini, sebuah video pendek telah viral di mana seorang anak kecil autistik diperlakukan secara kasar oleh pakar terapinya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Ia dikatakan video pendek itu hanya sedutan daripada video penuh asal yang berpanjangan selama 40 minit.

Video ini mula menular apabila ia dimuatnaikkan oleh ibunya, Puan Safirah Oshin, di Facebook. Video itu juga dimuatnaikkan ke akaun Instagram Ausometots. 

JUSTICE FOR ALI!!! MY SON HAS AUTISM AND ADHD.THIS HAPPENED MARCH LAST YEAR. BEING ABUSED BY HIS HOME ABA THERAPIST….

Posted by Safirah Oshin on Tuesday, 30 June 2020

Menurut Puan Safirah, anaknya, Ali, merupakan kanak-kanak berkeperluan khas yang didiagnosis dengan Autisme dan Attention Deficit Hyper-activity Disorder (ADHD). Pada bulan Mac tahun lalu, beliau mendapati bahawa ahli terapinya telah menganiaya Ali semasa satu sesi bersama. Dalam potongan video itu, Ali kelihatan tertekan dengan tindakan terapi tersebut, dengan jeritan dan tangisan yang tidak terhenti.

Puan Safirah melaporkan kejadian tersebut pada tahun 2019 tetapi kes itu ditutup dan ahli terapi hanya diberikan amaran. Kes itu dibuka semula pada Januari 2020. 

REAKSI NETIZEN

Ramai netizen mengongsi perasaan marah dan kesal terhadap kejadian tersebut. Post Facebook Puan Safirah dikongsi hampir 8,000 kali dan mengundang lebih seribu komen. Ada yang bantu mengongsi kejadian ini di akaun Instagram masing-masing untuk mencari keadilan buat Ali sekeluarga.

TINDAKAN DIAMBIL

Suara netizen akhirnya didengar apabila Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee memaklumkan bahawa kes tersebut telah dilaporkan ke MSF dan sedang dalam siasatan.

Akaun Instagram Ausometots juga telah memaklumkan bahawa pihak Puan Safirah juga telah dihubungi dan orang ramai diharap akan memberinya ruang pada waktu ini.

Video on Applied Behavioural Analysis (ABA) Therapy Session Circulating on Social MediaVideos of an Applied…

Posted by Autism STEP on Wednesday, 1 July 2020

Kami difahamkan daripada kenyataan Facebook Autism STEP bahawa ahli terapi di dalam video tersebut sudah dipecat. Syarikat tersebut juga akan bekerjasama dengan keluarga Puan Safirah untuk membantu pihak berkuasa menyiasat kes ini.

Semoga tindakan sewajarnya akan diambil selepas ini dan kanak-kanak istimewa lain seperti Ali tidak akan melalui peristiwa yang sama.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post