Berita

Jururawat Dalam Lif Dikecam Membawa Virus

Baru-baru ini, seorang jururawat yang diketahui sebagai @reenyff di platform Twitter, mengongsi pengalaman pahitnya dikecam oleh sepasang warga tua...

· 51 sec read >

Baru-baru ini, seorang jururawat yang diketahui sebagai @reenyff di platform Twitter, mengongsi pengalaman pahitnya dikecam oleh sepasang warga tua di dalam lif blok rumahnya. Kisah tweet viral ini telah pun ‘meletup’ dan dikongsi lebih empat ribu kali. 

 

Sumber: Twitter.com/@reenyff

 

Menurut tweet Reny, semasa beliau sedang bergegas ke kerja, beliau bertemu dengan satu pasangan warga tua lelaki dan wanita. Lelaki itu turut tanya Reny, yang sedang memakai seragam kerjanya, jika beliau seorang jururawat. Dengan pantas, wanita itu pula jauhkan dirinya dari Reny, dan terus memakai pelitup muka.

“Awak boleh jangkitkan orang lain. Awak Melayu kan? Bodoh ke?”

 

Boleh anda bayangkan? Bukan sahaja dituduh menjadi sebab orang lain menjangkiti virus wuhan, tetapi distereotaip Melayu bodoh.

Tidak dapat dinafikan bahawa keharmonian kaum di Singapura sentias terjaga. Tetapi peristiwa diskriminasi yang dihadapi Reny pada saat itu amat mengecewakan. 

“Jururawat macam awak sering merebak virus kepada lain. Selalunya Melayu. Semua bodoh.”

 

 

Pasti ramai yang mungkin mengamuk apabila dicengkam rasa kemarahan, tetapi Reny tetap berdiam diri kerana beliau menyedari tanggungjawabnya untuk menjaga imej sebagai seorang jururawat profesional. 

Akibat perkongsian pengalaman ini, ramai yang memberi kata dorongan untuk Reny…

 

 

TehTarik.sg mengucapkan syabas atas kesabaran dan kematangan Reny pada ketika itu. Kita sebagai rakyat Singapura harus hargai usaha pakar kesihatan, doktor dan jururawat seperti Reny. Mereka lah yang sedang bertarung demi mengatasi wabak Koronavirus Novel 2019.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read