Berita

JUMLAH KES DENGGI TAHUN INI SUDAH MELEBIHI JUMLAH SELURUH TAHUN LEPAS

Jangkitan denggi semakin meningkat di Singapura dengan lebih 20,600 kes jangkitan denggi disahkan pada tahun ini. Pada bulan lalu...

· 1 min read >

Jangkitan denggi semakin meningkat di Singapura dengan lebih 20,600 kes jangkitan denggi disahkan pada tahun ini. Pada bulan lalu sahaja, Singapura telah mengalami jumlah kes mingguan melebihi 1,000 kes buat tujuh minggu berturut-turut. Jumlah kes denggi kini telah jauh melebihi jumlah kes bagi keseluruhan tahun 2019.

Artikel ini senaraikan langkah berjaga-jaga yang harus diambil untuk melindungi orang tersayang dan mencegah pembiakan nyamuk Aedes di rumah yang membawa virus denggi. 

1. Kurangkan pendedahan kulit

Sumber: The Straits Times

Perlindungan terbaik buat diri sendiri adalah untuk mengambil langkah mengelak gigitan nyamuk. Pendedahan kulit yang sedikit akan mengurangkan kemungkinan gigitan nyamuk. Jika berada di kawasan bernyamuk, gunakan seluar panjang, baju lengan panjang dan stokin.

2. Gunakan ubat nyamuk

Sumber: Business Insider

Gunakan ubat penghalau nyamuk yang mengandungi sekurang-kurangnya 10% diethyltoluamide (DEET), sejenis bahan penghalau serangga yang menggigit. Peratusan DEET yang lebih tinggi diperlukan sekiranya anda berada di luar untuk jangka masa panjang. Namun, elak menggunakan DEET pada anak-anak kecil. 

Pada masa yang sama, elak memakai sabun dan minyak wangi yang berlebihan kerana ini akan menarik nyamuk kepada diri kita.

3. Sediakan Penghalang Nyamuk

Sumber: Magnetic Insect Screens

Di rumah, anda boleh memasang penghalang nyamuk seperti penutup tingkap atau jaring yang disaluti racun serangga. Jaring yang disaluti racun serangga bukan sahaja membunuh nyamuk dan serangga lain tetapi ia juga merupakan penghalang fizikal supaya nyamuk tidak boleh memasuki rumah. 

4. Menghapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk

Sumber: The Straits Times

Nyamuk Aedes dikenali sebagai serangga pembawa virus yang mengakibatkan demam denggi dan ia juga dikenali dengan belang-belang hitam dan putihnya. Nyamuk Aedes lebih senang membiak dalam air bertakung. Jadi, pentinglah untuk kita tahu hotspot pembiakan nyamuk supaya dapat menghapuskan tempat pembiakannya. Ini termasuk baldi, lubang penyangkut galah, bekas menyiram tumbuhan, pasu tumbuhan dan alur bumbung. 

Sumber: NEA

5. Mengambil Vaksinasi

Sumber: FOX News

Vaksin Dengvaxia telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sejak Oktober 2016. Walau bagaimanapun, vaksin ini hanya boleh diambil oleh individu yang berusia antara 12 hingga 45 tahun. Individu yang ingin mengambil vaksin ini harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan mendapatkan nasihat. 

Kini, pihak NEA juga telah menjalankan usaha intensif dua minggu untuk memutuskan penularan denggi dalam masyarakat, termasuk menubuhkan usaha pencegahan denggi. Operasi pemeriksaan di kawasan umum juga ditingkatkan dengan memastikan longkang diurus dengan baik dan sampah serta air bertakung di persekitaran kawasan perumahan dibuang. 

Pada masa-masa ini lah, usaha kolektif sebagai satu masyarakat memainkan peranan penting dalam melindungi diri kita dan keluarga tersayang. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read

Vaksin COVID-19: 5 Perkara Anda Perlu Tahu

in Berita
  ·   2 min read