Baru-baru ini, para netizen telah digegarkan oleh berita tentang hukuman gantung mati seorang banduan, Syed Suhail Bin Syed Zin. Beliau sepatutnya menjalani hukuman tersebut pada 18 September tetapi keputusan itu dibatalkan.
Apa Yang Telah Berlaku?

Syed Suhail telah dijatuhkan hukuman gantung kerana perdagangan dadah pada 26 Januari 2016. Menurut Human Rights Watch, sebuah badan tanpa keuntungan (non-profit), rayuan atas hukumannya tidak diluluskan dan dia tidak boleh lagi membuat rayuan atas kesnya.
Namun pada 17 September 2020, dengan bantuan peguamnya, Mahkamah Tinggi telah memberi peluang untuk Syed Suhail membuat rayuan dan hukuman gantung itu ditangguh buat sementara waktu. Menurut M Ravi, jika hukuman itu dijalankan, ia melanggar hak perlembagaan.

Syed Suhail juga telah mengirimkan surat kepada peguamnya untuk menjelaskan bahawa beliau mempunyai keluarga di Malaysia yang gagal untuk berjumpa atas langkah-langkah pencegahan COVID-19 antara Malaysia dan Singapura.
“Saya ada impian untuk hari-hari yang lebih baik tetapi saya hanya mampu berharap,” tulis Syed Suhail di dalam suratnya.
Bertambah Viral Dengan Reaksi Nick Mikhail
Seorang selebriti tanah air, Nick Mikhail, telah mengeluarkan sebuah video untuk Syed Suhail. Beliau berduka cita atas hukuman yang akan dijalankan itu dan turut mengongsi bahawa beliau sedang menulis sebuah skrip yang mengikuti jalan cerita seorang banduan lima jam sebelum dihukum gantung. Tujuan skrip itu ialah untuk memperingati seorang banduan yang telah dihukum gantung – Allahyarham Muhammad Ridzuan.
“Yang sedihnya, bukan waktu gantung tetapi waktu mereka mengukur tengkuk itu,” kongsi Nick Mikhail dalam video yang dikongsinya.
Beliau juga menambah bahawa ia merupakan sesuatu perkara yang sedih dan sukar untuk melakukan segalanya buat kali terakhir. Ini termasuk pelukan dan kata-kata terakhir dari keluarga. Untuk mengakhiri videonya, Nick menggalakkan orang ramai untuk sama-sama mengirim doa buat Syed Suhail.
Pandangan Netizen
Pelbagai reaksi netizen dilihat online. Ada yang menyokong dan berterima kasih atas tindakan M Ravi dan pasukannya…



Ada yang mengatakan Syed Suhail perlu pelajari dari kesilapannya…



Sebuah petisyen online juga telah dikeluarkan yang merayu kepada Presiden Halimah Yacob untuk menyelamatkan nyawa Syed Suhail. Kini, lebih daripada 30,000 netizen telah menyokong petisyen ini.
Tindakan Yang Bakal Diambil
Menurut Facebook post oleh M Ravi, Mahkamah Rayuan telah setuju untuk membuka semula dan menyemak kes ini di mahkamah hari ini.
Dengan perkembangan ini, kes-kes lain yang telah, atau akan, dijatuhkan hukuman gantung juga mula dipersoalkan supaya langkah yang paling adil boleh diambil.
This article is written by our writer. Feel free to share.