Berita

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

Buat ramai rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun 1994 hingga 1999, tahun ini merupakan tahun pertama mereka terlibat dan...

· 1 min read >

Buat ramai rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun 1994 hingga 1999, tahun ini merupakan tahun pertama mereka terlibat dan layak mengundi bagi Pilihan Raya Umum Singapura.

Sebagai rakyat, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tahu dan membuat pilihan yang terbaik bagi diri sendiri.  Kami akan kongsi apa korang perlu tahu apabila Hari Mengundi tiba nanti.

Siapa Layak Undi?

Sumber: The Straits Times

Setiap rakyat Singapura berusia 21 tahun ke atas pada 1 Mac 2020 harus layak mengundi di Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020). Mereka juga harus mempunyai alamat di Singapura dalam kad pengenalan NRIC mereka dan tidak disingkirkan sebagai pengundi di bawah undang-undang Singapura. Orang ramai boleh ke lelaman ini untuk periksa jika layak untuk mengundi.

Jika korang pilih untuk tidak mengundi, kelayakan untuk mengundi akan ditarik. Untuk mendapat hak mengundi semula pada masa depan, seseorang itu perlu hantar surat rayuan serta membayar $50 jika tidak mempunyai alasan yang sah (seperti sakit ataupun berada di luar negara) atas tidak mengundi sebelum ini. 

Bila Rakyat Singapura Akan Undi?

Sumber: The Straits Times

Sebelum Hari Mengundi tiba pada 10 Julai 2020, pengundi yang layak akan terima kad mengundi fizikal serta alamat stesen mengundi anda melalui surat. Sebuah kad e-Undi juga akan diagihkan melalui aplikasi telefon bimbit, SingPass. Aplikasi ini boleh didapati di App Store dan Google Play. 

Setiap pengundi akan diberikan waktu dua jam terhad yang disyorkan tertera dalam kad mengundi, di mana mereka harus membuat undian mereka. Proses mengundi ini tidak akan makan masa melebihi lima minit bagi setiap pengundi. 

Bagaimana Nak Undi?

Sumber: The Straits Times

Ini langkah-langkah yang boleh diambil pada Hari Mengundi nanti. 

#1 Periksa Suhu Badan

Semua pengundi harus periksa suhu badan. Jika tidak sihat, Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan tentukan sama ada pengundi tersebut layak untuk mengundi ataupun tidak.

#2 Daftar Diri

Turunkan pelitup muka dan tunjuk gambar NRIC anda kepada pegawai pengundian. Pastikan jarak selamat antara para pengundi yang beratur dan juga antara pengundi serta pegawai bertugas.

Apabila diberi arahan, scan NRIC untuk daftar diri.

#3 Dapatkan Borang Mengundi

Pegawai bertugas akan periksa kad pengenalan dan kad mengundi sebelum memberikan borang pengundian. Gunakan cecair pembasmi kuman untuk membersihkan tangan dan pakai sarung tangan sebelum mengundi.

#4 Membuat Undian

Langkah ke booth yang tersedia untuk mengundi. Pengundi juga boleh bawa pena sendiri untuk mengundi. 

Untuk mengundi pilihan masing-masing, letakkan ‘X’ dalam kotak kosong dalam borang mengundi. Tulisan-tulisan lain tidak akan diterima untuk pengiraan nanti. 

Tanda-tanda pada kertas yang boleh dikaitkan dengan identiti anda juga tidak akan diterima. Borang mengundi juga tidak boleh ditunjukkan kepada sesiapa.

Setelah mengundi, lipat borang mengundi dan masukkan ke dalam kotak tersedia. 

#5 Selepas Mengundi

Pengundi harus membuang sarung tangan dan gunakan cecair pembasmi kuman yang tersedia untuk bersihkan tangan sebelum meninggalkan lokasi.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Stesen Mengundi?

Sumber: The Straits Times

Ketika mengundi, elak daripada:

  • Menunjuk atau mengongsi pilihan undian masing-masing
  • Menggunakan telefon bimbit, kamera, video ataupun barangan untuk merakam di stesen mengundi 
  • Membawa barangan parti politik untuk menunjuk pilihan anda
  • Menunggu atau berlengah-lengah di luar stesen mengundi 

Sesudah mengundi, nantikan keputusannya selepas undian dikira. Selamat mengundi!

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post