Berita

Dah Derma Tapi Nak ‘Refund’? – Isu Menjadi Viral Selepas Pemergian Allahyarham Rayyan

Allahyarham Rayyan Qush merupakan seorang bayi dilahirkan di Singapura yang disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) pada usia 13...

· 1 min read >

Allahyarham Rayyan Qush merupakan seorang bayi dilahirkan di Singapura yang disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) pada usia 13 bulan. Kisahnya menjadi viral setelah keluarga Allahyarham meminta pertolongan kewangan secara online dan ramai daripada masyarakat kita ke hadapan untuk menghulurkan bantuan. 

Sumber: Berita Mediacorp

Apa Itu Spinal Muscular Atrophy (SMA)?

SMA merupakan sejenis penyakit atau gangguan genetik yang menjejas sel-sel saraf sehingga menyebabkan otot menjadi semakin lemah dan lumpuh. Penyakit ini jarang didengar dan jarang dihadapi oleh bayi merata dunia. Oleh itu, rawatan yang disarankan oleh Hospital Universiti Nasional merupakan antara yang termahal di dunia dan bahan rawatan perlu diterbangkan dari Amerika Syarikat ke Singapura. Rawatan ini juga hanya berkesan bagi mereka di bawah usia 2 tahun dan bernilai SGD$3.1 juta. 

Rakyat Singapura berganding bahu dan berjaya untuk mengumpul sehingga SGD$1.1 juta melalui lelaman GoGetFunding dan Give.Asia. Malangnya, Allahyarham Rayyan telah meninggal dunia pada 1 Januari 2021. Kumpulan dana turut diberhentikan. 

Walaupun keluarga Allahyarham dalam perasaan hiba dan memerlukan masa untuk menerima pemergiannya, sebuah post yang dikongsikan di CeritaAku – SG menjadi viral. 

Facebook post yang dikongsikan tanpa nama itu menyatakan pandangannya bahawa penderma berhak untuk meminta semula wang yang telah didermakan. 

Reaksi-Reaksi Netizen

Reaksi netizen berbelah bagi dengan kenyataan tersebut. Ada yang marah kerana individu tersebut tidak memberi ruang kepada keluarga Allahyarham Rayyan untuk berduka cita… 

Ada yang memberi kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham Rayyan…

Keluarga Allahyarham Akan Pulangkan Dana Yang Diterima 

Sehari selepas pemergian Allahyarham Rayyan, keluarga beliau memaklumkan bahawa mereka akan pulangkan wang yang didermakan kepada sesiapa yang meminta.

Mereka juga mengongsi cara-cara untuk mendapatkan wang tersebut kembali melalui GiveAsia dan GoGetFunding.

Permintaan ini akan ditutup pada 11 Januari. Mereka juga telah mengumumkan bahawa semua permintaan untuk mengembalikan wang akan diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja. Dana terkumpul yang tidak dipulangkan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. 

Keluarga Allahyarham turut mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menghubungi mereka secara peribadi untuk menyimpan dana yang diterima demi membesarkan anak-anak yang lain. 

TehTarik.sg juga berdukacita atas pemergian Allahyarham Rayyan dan mengharapkan yang terbaik bagi keluarganya dalam waktu sukar ini. Apa juga pilihan keluarganya ataupun para penderma, yang penting adalah nilai keikhlasan.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read