Berita

Budak Lelaki Terperangkap Bawah Kereta

Seorang budak lelaki, berusia 9 tahun, dilanggar kereta ketika melintas lintasan belang. Kemalangan itu mengakibatkan mangsa terperangkap di bawah...

· 30 sec read >

Seorang budak lelaki, berusia 9 tahun, dilanggar kereta ketika melintas lintasan belang. Kemalangan itu mengakibatkan mangsa terperangkap di bawah kereta. Hampir 10 orang berdekatan dengan tempat kejadian itu tampil ke hadapan untuk selamatkannya.

 

Kemalangan ITU berlaku DI Geylang East Avenue 1, sekitar 3.50 petang. Menurut saksi mata, sebanyak 9 orang bantu mengangkat kereta itu untuk lepaskannya. Dalam lima minit, mereka berjaya selamatkan budak itu tetapi kakinya berlumuran darah. Dia dibawa ke Hospital KKH. Siasatan sedang dijalankan.

 

Semakin hari, semakin banyak kemalangan di jalan raya. TehTarik berharap para pemandu akan sentiasa berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi di kawasan perumahan dan kawasan persekolahan. Bagi pejalan kaki, jangan sangkakan setiap kenderaan akan berhenti atau elak orang bila sedang bergerak. Pastikan anak-anak kecil anda juga tahu angkat tangan bila lintas jalan raya. Biar selamat!

 

Sumber: Straits Times

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments

comments

Related post

GE2020: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Mengundi

in Berita
  ·   1 min read

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *