Berita

“ARTIS DAN PENGURUS MEDIA SOSIAL/ PAKAR PR ANTARA PEKERJAAN BUKAN ESSENTIAL” – Menurut Tinjauan Orang Singapura

Straits Times, telah mengeluarkan artikel dan infografik tentang pekerjaan yang dianggap essential dalam masyarakat kita dan ini telah mencetus...

· 1 min read >

Straits Times, telah mengeluarkan artikel dan infografik tentang pekerjaan yang dianggap essential dalam masyarakat kita dan ini telah mencetus perbincangan hangat netizen.

Selain mengetengahkan mana essential dan mana bukan essential untuk ekonomi Singapura, nilai khidmat yang dianggap penting dan nilai gaji yang mereka perolehi juga dipersoalkan. 

Antara soalan ditanya: Sanggup anda membayar lebih bagi khidmat keperluan jika kos tambahan itu diberikan kepada pekerjanya (contoh: pembersih, pengawal keselamatan)? Jika gaji pekerja pembinaan (construction), pembersih dan pengawal keselamatan dinaikkan 3 kali ganda, sanggupkah anda mengambil pekerjaan itu?

Artikel tersebut melaporkan hasil tinjauan oleh The Sunday Times yang dijalankan bersama 1000 responden pada awal bulan Jun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Berdasarkan tinjauan ini, 5 pekerjaan utama yang dianggap penting adalah dokor/jururawat, pembersih, pengutip sampah, penjaja dan pekerja hantaran. Sebaliknya, 5 pekerjaan utama yang dianggap tidak penting adalah artis, telemarketing, pengurus media sosial/ pakar PR, perunding perniagaan dan pengurus sumber manusia. 

REAKSI NETIZEN: “Oversimplistic, unnecessary and insensitive…

Ramai netizen telah meluahkan perasaan tidak puas hati dengan hasil tinjauan ini. Seramai 612 pengguna Facebook tidak setuju dengan hasil tinjauan ini dan ramai juga tidak segan meninggalkan pendapat mereka. 

The Straits Times telah membalas komen-komen dengan artikel untuk mengingati pembaca bahawa non-essential  tidak bererti tidak bernilai. Artikel ini juga menekankan bahawa pengertian essential pada masa ini bermasalah, dan tidak sepatutnya membahagikan warga Singapura. 

APA ITU ESSENTIAL WORKER?

Tinjauan tersebut mendefinisikan pekerja khidmat penting sebagai: “Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan yang dianggap penting untuk memenuhi keperluan asas kehidupan manusia seperti makanan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan.”

Bagi pengetahuan orang ramai, inilah khidmat-khidmat yang dianggap essential:

  1. Perkhidmatan kesihatan dan sosial
  2. Makanan
  3. Tenaga
  4. Air, Sampah dan Persekitaran
  5. Pengangkutan dan Penyimpanan
  6. Informasi dan Maklumat
  7. Pertahanan dan Keselamatan
  8. Pembinaan, Pengurusan Fasiliti dan Infrastruktur Awam Kritikal
  9. Pembuatan dan Pengedaran
  10. Bank dan Kewangan
  11. Perkhidmatan Perundangan

(Senarai menyeluruh dan terperinci yang sudah dikemas kini boleh didapati di lelaman ini.)

Hasil tinjauan ini tidak bermaksud semua warga Singapura memandang remeh bidang pekerjaan seperti seni atau pakar HR, dan hasil ini juga tidak mencerminkan kepentingan pekerjaan ini dari segi kebahagiaan pekerja atau kestabilan pendapatan.

Elak daripada cepat menuding jari dan membanding-bandingkan orang kita sendiri kerana mungkin ada yang lupa bahawa setiap pekerja dari pelbagai sektor perkhidmatan memainkan peranan mereka tersendiri, yang akhirnya akan menyumbang kepada kemakmuran Singapura.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read