Lebih daripada sekadar latihan fizikal, yoga adalah latihan penuh bagi minda dan badan. Latihan yoga terbaik untuk anda bergantung pada keperluan dan matlamat individu anda. Yoga mempunyai pelbagai set latihan khusus, yang disebut sebagai ‘pose’, yang digabungkan dengan teknik pernafasan tertentu dan prinsip meditasi. Artikel ini senaraikan pose mudah yang boleh anda cuba!
Senaman yoga yang lengkap dapat membantu menjaga kesihatan punggung dan sendi, memperbaiki postur badan secara keseluruhan, meregangkan dan menguatkan otot serta meningkatkan daya keseimbangan anda. Selain itu, fokus yoga pada pernafasan dapat menenangkan dan membantu anda belajar untuk lebih peka terhadap tubuh anda.
Sambil bergerak perlahan antara setiap pose, ingat untuk bernafas dan mengambil masa yang secukupnya bagi tubuh anda. Berhenti seketika jika pose itu mencabar dan jika anda sesak nafas. Ideanya adalah untuk membuat setiap pose untuk beberapa saat dan bernafas secara perlahan sebelum beralih ke pose yang seterusnya.
CHILD’S POSE

Pose ini akan meregangkan punggung, pinggul, paha, lutut dan pergelangan kaki dan mengendurkan tulang belakang, bahu dan leher anda.
Elak: Sekiranya anda mengalami kecederaan lutut atau kaki, mempunyai tekanan darah tinggi atau hamil.
Ubah suai: Anda boleh meletakkan kepala di atas bantal. Selain itu, anda boleh meletakkan tuala yang digulung di bawah pergelangan kaki jika tidak selesa.
PLANK

Latihan yang biasa dilihat, ‘planking’ bantu membina kekuatan di bahagian utama badan (core), bahu, lengan dan kaki.
Elak: Jika anda mengalami sindrom karpal atau mempunyai sakit belakang.
Ubah suai: Jika tidak boleh melakukan ‘plank’ sepenuhnya, anda boleh meletakkan lutut di lantai.
TRIANGLE POSE

Pose ini bantu membina kekuatan di kaki dan meregangkan pinggul, tulang belakang, dada, bahu, pangkal paha, pinggang dan betis. Ia juga dapat meningkatkan pergerakan di pinggul dan leher.
Elak: Jika anda sakit kepala atau mengalami tekanan darah rendah.
Ubah suai: Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, gerakkan kepala untuk melihat ke bawah pada pose terakhir. Sekiranya anda menghadapi masalah leher, jangan memusingkan badan ke arah atas; pandang lurus ke depan.
SEATED HALF-SPINAL TWIST POSE

Pose ini mmeregangkan bahu, pinggul dan dada. Ia juga dapat membantu megurangkan ketegangan di bahagian tengah punggung anda.
Elak: Sekiranya anda mengalami kecederaan belakang.
Ubah suai: Sekiranya membengkokkan lutut kanan anda tidak selesa, luruskan kaki di hadapan anda. Pusing badan anda ketika menghembuskan nafas.
CORPSE POSE

Ini pose terakhir yang biasa dilakukan dalam sesi yoga. Ada sebilangan orang yang dapat berehat dalam pose ini dan ada juga yang merasa sukar untuk baring dan berdiam diri. Walau bagaimana pun, pose ini sesuai untuk meditasi dan berada dalam keadaan santai.
Elak: Sekiranya anda tidak mahu mendapat ketenangan sejenak.
Ubah suai: Letakkan selimut di bawah kepala anda, jika ingin rasa lebih selesa. Anda juga boleh menggulung selimut dan meletakkannya di bawah lutut.
This article is written by our writer. Feel free to share.