fbpx

Berita

6,000 Penderma Darah Tali Pusat Diperlukan Untuk Menyelamatkan Nyawa Pesakit Penyakit Darah Singapura 

Bayangkan kebahagiaan seorang insan yang diberkati dengan bekalan derma darah sesuai buat rawatannya setelah bertarung nyawa melawan penyakit barah...

· 1 min read >

Bayangkan kebahagiaan seorang insan yang diberkati dengan bekalan derma darah sesuai buat rawatannya setelah bertarung nyawa melawan penyakit barah darah. Apa kaitannya? Darah tali pusat seorang bayi mampu mengubah nasib pesakit-pesakit di kalangan masyarakat kita.

Apa masalahnya?

Sumber: scbb.com.sg

Jumlah orang Melayu kita yang sanggup menderma darah tali pusat amat rendah. Setiap tahun, Singapore Cord Blood Bank (SCBB) memerlukan 6,000 penderma darah tali pusat. Kini, setiap minggu hanya 50 penderma yang ke hadapan. Jika konsisten, jumlah keseluruhannya hanya akan menjangkau lebih kurang 2,000 penderma setiap tahun. 

Kesesuaian darah tali pusat buat rawatan juga bergantung kepada etnik penderma dan penerima. (Maknanya, seorang pesakit berbangsa Melayu perlukan derma darah tali pusat daripada seorang penderma Melayu!!) 

Wait, hold up. We know what you’re thinking… Kenapa darah tali pusat, Admin? Bagi yang belum tahu, darah tali pusat ialah darah yang mengalir daripada janin menerusi tali pusat ke plasenta. Darah tali pusat kaya dengan sel stem yang boleh digunakan untuk merawat penyakit darah seperti barah darah dan penyakit autoimun. Ini boleh membantu pesakit, tidak kira usia.

“Saya ingin menyelamatkan nyawa. Saya tahu ramai pesakit, termasuk kanak-kanak, yang sedang menantikan bekalan darah sesuai. Ia sangat bermakna untuk mendapatkan seberapa ramai penderma secepat mungkin untuk mereka. Arwah datuk saya sendiri meninggal dunia akibat penyakit darah dan ini hanya membakar semangat saya untuk membantu pesakit-pesakit lain,” luahan Puan Nazar, seorang pakar konsultan darah tali pusat.

Testimoni Ibu-Ibu Yang Berjaya Menderma

Nur Rosliana merupakan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Bila ditanyakan apakah faktor yang menjejas keputusan untuk menderma darah tali pusat bayinya, Roslina berkata, “Mula-mula saya skeptikal. Saya berbincang dengan suami tetapi kita tidak berpengetahuan tentang hukum agama mengenai pendermaan darah tali pusat. Setelah berbual dengan pakar SCBB, kami lebih memahami.” 

Menderma darah tali pusat dibenarkan di dalam agama Islam. Untuk mereka yang was-was tentang pendermaan tali pusat, baca irsyad ini untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Apa yang memeranjatkan Rosliana sebenarnya adalah betapa cepat proses pengambilan darah tali pusat bayinya setelah dia melahir. Proses menderma darah tali pusat ini sangat selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi serta ia bukan proses yang invasif.

Nur Humaira, seorang ibu, juga berjaya mendermakan darah tali pusat bayinya. Dia sering menderma darah sejak di sekolah maktab rendah lagi. Dia percaya ini satu cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setelah dianugerahkan zuriat.

“Saya dapat tahu bahawa darah tali pusat bayi akan dibuang jika tidak didermakan dan ini sangat merugikan. Saya lebih rela menderma untuk membantu mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi kerana SCBB kurang penderma Melayu. Jika kita tidak bantu warga sebangsa, siapa lagi?” 

Bagi Nur Humaira, dia telah diberkati dengan rezeki menimang cahaya mata. Kini, ini peluangnya untuk mengongsi penghargaannya dan membantu pesakit membina hidup baru.  

Tambahan Rosliana juga, “Apabila kita menderma, kita berpeluang menyelamatkan nyawa dan ini mungkin rezeki para penerima.”

Setiap penderma juga akan menerima sijil penghargaan tertera dengan nama dan tarikh lahir bayi anda. Your baby can be a hero too!

Bagi suami isteri yang bakal menyambut kelahiran bayi tersayang, dapatkan maklumat lanjut di www.scbb.com.sg atau hubungi 6394 5011. Sedikit ihsan dapat memberikan anugerah kehidupan.

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Membaca Surah Al-Fatihah Dengan Baik

in Berita
  ·   2 min read