Berita

6 Tips Untuk Persiapan Hari Raya

Salah satu perayaan yang orang kita selalu tak sabar untuk sambut adalah Hari Raya Aidilfitri. Dengan keadaan COVID-19 yang...

· 2 min read >

Salah satu perayaan yang orang kita selalu tak sabar untuk sambut adalah Hari Raya Aidilfitri. Dengan keadaan COVID-19 yang tidak menentu dan semangat Raya yang mungkin pudar dalam hati beberapa individu, baca lah senarai tips ini untuk persiapan Hari Raya nanti.

1. Buat Kuih Raya

Sumber: FiveFootFive Sg

Mana boleh raya tanpa kuih? Terdapat pelbagai resipi-resipi mudah yang kita boleh cuba dan siapkan dengan keluarga. Maklumlah, orang kita kan suka bergotong-royong. Setiap tahun pun, pasti ramai yang biasa dengan kuih tunjuk (ahem, beli jer kan?). Kali ini, boleh lah buat kuih hasil sendiri. Selain daripada dapat menghidang kuih raya di meja, kita juga dapat eratkan silaturrahim.

2. Belajar Masak Lauk-Lauk Hari Raya

Sumber: Lisa’s Lemony Kitchen

Pada waktu Circuit Breaker ini, ramai betul orang yang suka memasak. Ada juga yang mengongsi pengalaman mereka di media sosial. Memandangkan korang dah suka memasak, cuba lah masak lauk-lauk tradisional seperti Rendang, Ayam Masak Merah dan Sayur Lodeh. Ringankan tulang juga untuk membantu sesiapa yang selalu menyandang tanggungjawab memasak lauk Raya sendiri. Ramai-ramai masak, baru ada selera di Hari Raya!

3. Hias Rumah

Sumber: Rojak Daily

Walaupun Syawal tahun ini agak berbeza, kita masih boleh tambah seri dengan hiasan rumah. Google dan cari inspirasi untuk menghias ruang tamu, dapur, bilik tidur dan meja makan. Bila sedap mata memandang, sedap lagi lah menjamu selera di rumah sekeluarga nanti. 

Kalau tidak mampu beli hiasan baru, cari hiasan lampu lap lip lama atau susunan bunga kegemaran ibu. Fikir secara kreatif. Kalau kita susun perabot rumah dan kemas-kemas pun boleh nampak serba baru, kan? 

Tambahan pula, Wisma Geylang Serai telah anjurkan peraduan #LapLipRumahKu. Kalau dah habis hias, jangan lupa untuk upload gambar kat Facebook dan tag @WISMAGEYLANGSERAI dan hashtag #LAPLIPRUMAHKU. 10 keluarga akan dipilih sebagai pemenang dan bakal memenangi hadiah menarik daripada Harvey Norman. 

Jadi, cepatlah hias rumah korang dengan lampu-lampu yang cantik dan berkilauan. Bak kata orang putih, Go Big Or Go Home.

4. Online Shopping Di GeylangBazaar.Online

Kalau belum sempat beli barangan untuk raya, Wisma Geylang Serai (WGS) telah menyediakan wadah GeylangBazaar.Online sejak Bazar Raya Geylang Serai ditiadakan. 

Bazar online ini menjual pelbagai barangan – dari perkakas dapur hingga ke baju raya. Orang ramai boleh membeli belah ataupun daftar sebagai penjual di lelaman ini.

5. Sediakan Duit Raya

Sumber: TodayOnline

Walaupun kita tidak dapat berjumpa secara sekemuka, dengan kemudahan teknologi hari ini, kita masih boleh beri duit raya secara online. Terdapat pelbagai khidmat yang tersedia seperti PayNow dan Bank Transfer. Elak daripada menziarahi keluarga dulu dalam waktu Circuit Breaker ini. Biar kita selamat dan jaga kesihatan keluarga tersayang, lebih-lebih lagi warga emas kita.

6. Main Lagu Hari Raya

Sumber: Redbull

Kalau nak tambah suci lebaran ini, main lah lagu raya! Sesiapa yang mendengar lagu raya pasti akan terkenang lirik yang popular dan memori raya tahun-tahun sebelum ini. 

Wisma Geylang Serai juga memanggil semua untuk menyahut cabaran #TepukSepuluh di Tiktok. Korang boleh buat video TikTok sendirian atau berkeluarga dan berikan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan kita. Jangan lupa untuk tagged #TepukSepuluh dan ikut betul-betul gerak tangan yang ditetapkan. Boleh lah feeling feeling jadi awok-awok dikir barat untuk sehari!Lagipun, Hari Raya tiba setahun sekali sahaja, sambut lah hari istimewa ini dan dendangkan lagu-lagu raya bersama keluarga di rumah. Biar lebih up semangat tu!

COVID-19 bukan alasan untuk tidak beraya tahun ini. Sudah tentu Hari Raya tahun ini berbeza dan ramai yang rindu perayaan seperti biasa tetapi kita juga boleh ambil peluang ini untuk meluangkan masa seisi keluarga dan menyambut Aidilfitri yang mulia. #RayaTetapRaya

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

in Berita
  ·   1 min read

Apa Itu Yoga? Dan 5 Pose Yoga Anda Boleh Cuba

in Berita
  ·   1 min read