fbpx

Berita

5 Tips Untuk Jaga Rambut Buat Hijabi Sisters

Dengan cuaca yang tidak menentu seperti di Singapura ini, pasti ramai ada masalah-masalah rambut. Rambut merupakan mahkota setiap orang...

· 1 min read >

Dengan cuaca yang tidak menentu seperti di Singapura ini, pasti ramai ada masalah-masalah rambut. Rambut merupakan mahkota setiap orang tetapi amat mencabar untuk mengurusnya, terutama sekali buat hijabi sisters kita. Dengan itu, TehTarik.sg menyediakan lima tips ini supaya rambut masing-masing lebih terjaga.

1. Pastikan Rambut Diikat Dengan Betul

Sebelum memakai hijab, kita digalakkan untuk mengikat dan mengemas rambut supaya aurat kita lebih rapi dan tidak senang kusut selepas seharian bertudung.

Walaupun mengikat rambut boleh mengemaskan rambut kita, kami menggalakkan korang untuk tidak mengikat rambut korang sehingga ketat. Bila rambut diikat ketat, akar rambut akan menjadi tegang, merosakkan rambut dan menipiskannya.

2. Pilih Hijab Yang Sesuai

Seperti pakaian seharian kita, fabrik hijab juga memainkan peranan yang besar untuk memastikan kulit kepala selesa dan tidak rasa gatal. Ia termasuk serkup kepala sebelum memakai hijab. Serkup fabrik semula jadi seperti kapas amat disarankan kerana ia lebih selesa. Selain daripada fabrik semula jadi, ada juga serkup yang dibuat daripada spandex atau lycra. Kebanyakan fabrik lycra menjaminkan kawalan bau rambut dan mencegah bakteria-bakteria kepala.

Hijab juga memainkan peranan untuk menjaga rambut. Kami menggalakkan korang untuk memilih hijab yang sesuai dengan cuaca Singapura – yang sejuk dan selesa untuk kulit kepala kita.

3. Dapatkan Rawatan Pakar

Sumber: Huda Ali & Aura Shai

Rambut merupakan mahkota semula jadi kita. Kita harus mengenali keadaan kulit kepala kita supaya kita boleh mendapatkan produk-produk yang sesuai buat rambut kita. Salah satu contoh adalah untuk mendapatkan rawatan pakar dari Beijing 101 Hair Consultants.

Dengan gabungan teknologi dan perubatan tradisional Cina, pakar-pakar daripada Beijing 101 boleh memberi rawatan yang sesuai kepada pelanggan. Ini termasuk 4 Step Advanced Hair & Scalp Revival Treatment. Dengan rawatan ini, para pakar akan membuat analisis dan mengongsikan rawatan yang sesuai buat rambut pelanggan. Mereka juga menawarkan pelbagai rawatan kulit kepala dan mask rambut yang direka khas untuk pelanggan. Tambahan pula, pelanggan-pelanggan Beijing 101 layak untuk mendapat baucar pasar raya FairPrice. Orang ramai boleh mendapat info lebih di lelaman ini ataupun hubungi mereka di +65 6558 8101.

4. Pastikan Korang Keringkan Rambut Sebelum Memakai Hijab

Demi menjaga kebersihan rambut, kita akan mencuci rambut kita tetapi rambut kita akan mengambil jangka masa yang lama untuk kering. Oleh itu, elak daripada memakai hijab ketika rambut basah kerana ia akan membuat kulit kepala kita menjadi lebih berminyak dan berkelemumur akibat ditutup. Lagipun, tidak selesa untuk mengikat rambut ketika basah.

Untuk keringkan rambut, kami galakkan korang untuk mendapat alat pengering rambut yang berbaloi supaya rambut boleh dikeringkan dengan cepat.

5. Guna Mask Rambut Ataupun Minyak Untuk Jaga Kesihatan Rambut

Seperti mask muka, mask rambut boleh menyuburkan dan melebatkan rambut kita. Mask rambut juga mempunyai bahan-bahan yang boleh menguatkan akar rambut dan mengelak kerosakan rambut dari produk dan persekitaran. Tambahan pula, kulit kepala kita akan menjadi lebih sihat dan rambut senang untuk disikat.

Selain daripada mask rambut, kita juga boleh menggunakan minyak rambut. Khas buat mereka yang mempunyai rambut kering, minyak rambut ini boleh melembapkan rambut kita supaya ia memberi seri yang semula jadi. Setelah mengurut kepala dengan minyak rambut, kami galak korang untuk menggunakan berus rambut untuk memupuk peredaran darah di kulit kepala.

Amat penting untuk kita menjaga rambut supaya ia mendapat khasiat dan rawatan yang sesuai supaya ia menjadi sihat. Jumpa pakar jika perlu dan mereka boleh menawarkan rawatan yang sesuai buat korang. 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post