fbpx

Berita

5 Tips Membaca Surah Al-Fatihah Dengan Baik

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Pada Bulan Al-Qur’an ini, ramai yang akan bergegas untuk membaca sebanyak mungkin...

· 2 min read >

Sumber Gambar: Pinterest/islampos

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Pada Bulan Al-Qur’an ini, ramai yang akan bergegas untuk membaca sebanyak mungkin Quran untuk meraih manfaat yang ada. Bukan itu sahaja, ramai juga akan mula kerjakan Solat Sunat seperti Solat Terawih. Surah al-Fatihah adalah Surah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Bukankah sudah tiba masanya untuk memperbaiki bacaan kita? Walaupun sibuk dengan kehidupan seharian, artikel ini akan kongsi 5 tips untuk membantu anda!

  1. Mulakan secara kecil-kecilan

Ramai yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dengan nada dan intonasi yang betul. Namun, ia bukanlah suatu yang mudah bagi semua. Untuk permudahkan diri anda, mulakan dengan langkah kecil. Sebagai permulaan, ulangi bacaannya secara praktikal pada masa lapang setiap hari.

Bila sudah baik nanti, boleh lah perbaiki bacaan Surah yang lain. Sertakan tabiat ini dalam rutin seharian dan buat perancangan untuk membaca Al-Quran di bulan Ramadan untuk memanfaatkan barakah bulan suci akan datang.

2. Mendengar bacaan yang tepat

Dengan kemudahan teknologi, kita dapat muat turun aplikasi dan audio ke dalam smartphone. Ini membolehkan kita mendengar alunan Al-Quran setiap masa dari Qari yang kita minati. Dengan mendengar bacaan yang sahih, anda akan mempelajari sebutan yang tepat. Secara tidak langsung juga, kita dapat perbaiki bacaan kita sedikit demi sedikit.

Kita boleh mendengar bacaan Surah Al-Fatihah berkali-kali. Gunakan jari untuk membaca sekali supaya mudah diikuti. Sekiranya bacaannya terlalu laju, kita boleh putar semula (rewind) dan mainkan semula.

3. Dapatkan bimbingan asatizah secara percuma melalui Quranbit

Salah satu cara untuk membetulkan bacaan Al-Quran ialah dengan mendapatkan bantuan daripada asatizah yang mahir dalam usaha menguasai ilmu Al-Quran. Diusahakan oleh Masjid Wak Tanjong, Quranbit ialah usaha bertujuan untuk bantu orang ramai belajar Al-Quran dengan mudah secara percuma melalui Whatsapp atau Telegram. Tercetus di pertengahan pandemik pada tahun 2020, khidmat Quranbit ini boleh diakses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.

Selepas membuat pendaftaran, kita akan dipasangkan dengan asatizah tersendiri. Hantar bacaan satu ayat setiap hari kepada asatizah yang digandingkan melalui ciri rakaman suara. Kemudian, mereka akan beri maklum balas dan mengajar mengikut hukum tajwid melalui rakaman video pula! Kita juga dapat kesan kemajuan diri sendiri dengan markah yang diberikan selepas setiap sesi.

Quranbit juga menyediakan pelajaran bagi mereka yang tidak tahu baca Quran langsung! Jika anda belum pandai membaca, asatizah Quranbit akan mengajar anda dari mula untuk mengenal huruf. Dalam masa beberapa bulan, anda akan dapat membaca dengan fasih dan konfiden seperti pelajar yang lain.

Khidmat ini disediakan secara percuma untuk membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas yang malu tampil ke hadapan, pekerja shift malam, ibu bapa tunggal yang tidak mampu ke kelas fizikal dan sebagainya. Untuk menyokong usaha ini, Masjid Wak Tanjong mengharapkan sumbangan ikhlas orang awam. Jika anda ingin beri sumbangan, PAYNOW kepada UEN: S35MQ0068A atau lungsuri lelaman mereka (impactbit.waktanjong.org).

4. Kenali makna di sebalik Surah Al-Fatihah

Proses menghafal surah dan memperbetulkan bacaan menjadi lebih mudah dan bermakna apabila kita memahami isi kandungannya. Dengan niat yang betul dan usaha konsisten, kita juga akan lebih fokus dan lebih mencintai Al-Quran. Kill two birds with one stone!


Untuk membantu para pembaca, Masjid Wak Tanjong juga ada modul Tafsirbit untuk mendapatkan tafsiran Surah Al-Fatihah yang mudah difahami di lelaman mereka ini. (quranbit.waktanjong.org)

5. Rutin & Disiplin

Melalui tips sebelum ini, kita berpeluang mendengar sebutan yang betul dan memahami isi kandungan Surah Al-Fatihah. Sekarang, tiba masanya untuk kita merebut peluang memperbetulkan bacaan semasa waktu solat.

Kita juga boleh cuba menjadikan bacaan Al-Quran sebahagian daripada rutin seharian kita. Kita boleh melakukannya dengan membiasakan diri membaca sekurang-kurangnya satu petikan surah ataupun 1 muka surat setiap hari selepas solat. Cekalkan hati dan terus berdisiplin! Practice makes perfect.

Akhir kata, kami berharap artikel ini bermanfaat bagi anda yang ingin perbaiki bacaan Al-Quran anda! 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post

4 Kelebihan Hari Arafah

in Berita
  ·   1 min read