fbpx

Berita

4 Kelebihan Hari Arafah

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah mengikut tarikh Hijri. Walaupun puasa pada hari tersebut tidak wajib, ia amat digalakkan...

· 1 min read >

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah mengikut tarikh Hijri. Walaupun puasa pada hari tersebut tidak wajib, ia amat digalakkan dan mempunyai ganjaran yang besar. 

Sumber: Pinterest

  1. Hari Arafah termasuk dalam hari-hari yang disukai Allah

10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah antara hari-hari paling disukai Allah. Dalam sebuah hadith Nabi bersabda, “Tiada hari di mana amalan kebaikan lebih disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan pada 10 hari terawal Zulhijjah” [Al-Bukhari]. Pada hari-hari ini, kita digalakkan untuk lebihkan amalan kita seperti berzikir, membaca Al-Quran, berpuasa dan bersedekah. 

Sumber: Pinterest

  1. Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa 2 tahun

Hari Arafah adalah kemuncak ibadah haji. Jemaah yang sedang mengamalkan haji akan duduk di padang Arafah dan berdoa kepada Allah. Bagi kita yang masih lagi menunggu peluang untuk menunaikan Haji, kita boleh berpuasa pada hari tersebut. Terdapat sabda Nabi dalam sebuah hadith, “Puasa hari Arafah, aku harapkan dari Allah agar menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.” [Muslim]

Sumber: Pinterest

  1. Hari Arafah antara hari terbaik untuk berdoa

Nabi bersabda dalam hadith, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” [At-Tirmidzi] Antara doa-doa yang diajar untuk kita baca pada hari Arafah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Laa Ilaha Illallah Wahdahu Laa Sharika Lah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai-in Qodiir

Yang bermaksud: Tiada yang disembah kecuali Allah, tiada sekutu bagiNya. MilikiNya segala kerajaan, segala pujian dan Dia yang menguasai segalanya.

Sumber: Pinterest

  1. Agama Islam disempurnakan pada Hari Arafah

Pada tahun 13 Hijri, Nabi memberikan khutbahnya yang terakhir, Khutbatul Wada’,  pada hari Arafah. Khutbah itu merupakan pesanan beliau yang terakhir kepada manusia, sebelum pemergian beliau dari dunia ini. Turunnya ayat Al-Quran terakhir juga pada hari itu, menandakan kesempurnaan agama Islam. 

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [Al-Maidah 5:3]

BILA NAK PUASA HARI ARAFAH?

Korang mesti tertanya bila nak puasa hari Arafah kalau kiraan tarikh Singapura berlainan dengan Saudi kan? Mengikut Pejabat Mufti Singapura (OOM), cukup untuk kita mengikut tarikh yang ditetapkan di negeri masing-masing. Bagi kita yang berada di Singapura, Hari Arafah jatuh pada 9 Julai, maka digalakkan berpuasa pada 9 Julai.

Sumber: IG @officeofmuftisg

Macam mana nak puasa hari Arafah? Senang je, sama macam kita puasa bulan Ramadan, hanya niat yang berbeza. Ini niat puasa hari Arafah: 

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

 Nawaitu Sauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala 

Yang bermaksud: “Sahaja aku niat puasa sunat Arafah kerana Allah.”

Kongsi artikel ini dengan keluarga dan sahabat korang. Insya Allah, kita pun dapat ganjaran bila kita ajak orang lain sama-sama buat kebaikan! Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidiladha! 

This article is written by our writer. Feel free to share.

Comments

comments

Related post