Warga Singapura terima anugerah khas kerana menyumbang tenaga untuk masyarakat Wales

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Pada tahun 2005, seorang warga Singapura, Shereen Williams, berpindah ke UK untuk mencari sebuah pekerjaan dalam bidang perakaunan. Kini, dia merupakan seorang koordinator perpaduan masyarakat di Wales untuk mengatasi pelbagai jenayah, persefahaman dan pengganasan.

Bukan itu sahaja, dia juga mengambil berat dan menolong mangsa-mangsa beragama Islam yang telah dikahwinkan secara paksa. Pertolongan yang diberinya termasuk membatalkan perkahwinan-perkahwinan tersebut mengikut undang-undang.

Disebabkan jasa dan usahanya untuk berkhidmat kepada masyarakat Wales, Shereen dianugerahkan Ahli Penghormatan bagi ‘Order of the British Empire’ (MBE).

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di London telah mengumumkan berita ini menerusi sebuah post Facebook. Mereka juga mengucapkan tahniah kerana menyumbang tenaga untuk masyarakat Wales dan membuat Singapura bangga.

 

 

“Pada saya, bukan semua orang boleh mendapat pingat ini dan ia amat bermakna untuk saya kerana saya seorang warga asing,” kata Shereen.

MBE merupakan sebuah anugerah yang menghargai pencapaian mereka yang telah tenaga masing-masing kepada masyarakat untuk jangka masa yang lama dan telah memberi kesan-kesan positif yang ketara. Antara nama-nama terkenal yang telah dianugerahkan dengan MBE adalah penyanyi Ed Sheeran dan pelakon Star Wars, Gugu Mbatha-Raw.

“Kami melakukan pekerjaan ini untuk membantu orang ramai, dan bukan untuk menambah beberapa huruf selepas nama kami,” tambah Shereen.

 

Sumber: Channel News Asia

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments