VIRAL: Warga Tua Jadi Mangsa E-Skuter ‘Langgar-Dan-Lari’

Hal Ehwal Teh-Kini

Awal minggu ini, seorang penunggang e-skuter yang berumur terlibat dalam satu kemalangan hingga e-skuternya terperangkap di bawah bas dan mangsa tercedera. Sekarang, timbul pula kisah warga tua jadi mangsa e-skuter “langgar-dan-lari”. Maklumat tentang kejadian itu dimuatnaikkan ke Facebook dan post itu dikongsi hampir 3000 kali sejak malam semalam.

 

Menurut pengguna Facebook ini, ibunya yang berumur keluar untuk mengambil cucunya dari sekolah tetapi apabila dia keluar dari lif bloknya, penunggang e-skuter itu melanggarnya hingga mereka berdua terjatuh. Ibunya cuba menarik penunggang itu tetapi dia beredar dengan pantas menaiki e-skuternya. Bapanya yang berada di kejadian itu cuba mengejar tetapi tidak mampu menangkapnya. Lima pelajar ITE yang berdekatan datang membantu ibunya yang cedera. Hidung ibunya luka hingga kulitnya terkopek. Lutut, siku dan bahagian rusuknya juga berlebam.

 

Post Facebook ini disebarkan untuk mencari penunggang e-skuter itu dan juga pelajar-pelajar yang bantu hentikan aliran darah dari luka warga tua itu. Kejadian malang ini berlaku di Ang Mo Kio petang semalam. Kes ini sedang disiasat polis.

 

Berikut adalah petikan skrin dari akaun Facebook itu:

 

 

Ada juga komen yang terus ingin melarang pemilikan e-skuter di Singapura…

 

 

Ada yang memberi kata-kata semangat supaya ibunya cepat sembuh…

 

 

Ada yang cuba kongsi pandangan bahawa bukan semua penunggang e-skuter berkelakuan sama…

 

 

Ada yang beri cadangan untuk menghukum pengunggang yang tidak bertanggungjawab…

 

 

Jadi, soalannya sekarang… Patutkah kita melarang penggunaan e-skuter di Singapura? Alat yang digunakan untuk kemudahan si penunggang berubah jadi beban masyarakat pula apabila berlakunya kemalangan seperti ini. TehTarik ingin kongsi tip sedikit untuk mereka yang memiliki e-skuter untuk kebaikan orang ramai.

 

  • Ketahui alat kenderaan anda – Kalau belum pass naik kenderaan itu, jangan lah memandai tunggang dari Jurong ke Yishun. Belajar naik dan turun kenderaan dengan betul supaya keselamatan anda dan orang di sekeliling anda dikawal.
  • Periksa had kelajuan – Had kelajuan yang dicadangkan ialah 15 km/jam di laluan jalan kaki dan 25 km/jam di laluan basikal atau laluan dikongsi oleh pejalan kaki dan penunggang alat kenderaan. Alat-alat kenderaan PMD juga tidak dibenarkan di jalan raya. (Please jangan feeling-feeling nak fast and furious ye. Nanti terlanggar orang macam mana?)
  • Tingkatkan ciri keselamatan – Gunakan lampu depan berwarna putih dan lampu belakang berwarna merah. Lampu-lampu ini perlu dinyala pada waktu malam. Kalau tidak boleh pasang lampu ke alat kenderaannya, pastikan anda memakai lampu di helmet atau pakaian yang terang.
  • Jadi penunggang yang bertanggungjawab – Beri laluan kepada mereka yang berjalan kaki. Jika berada di laluan pejalan kaki, mereka mempunyai hak untuk bergerak dahulu. Bawa dengan perlahan dan bersedia untuk berhenti apabila berdekatan dengan kawasan yang sesak. Turun dan tolak, jika perlu.

 

Kongsi artikel ini supaya penunggang e-skuter ‘langgar dan lari’ ini ditangkap dan jadikan kes ini satu lagi pengajaran bagi semua. Sentiasa berhati-hati dan ingat tip-tip ini.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments