VIRAL: Singapura ‘Masterclass’ Bagi Perpaduan Kaum Untuk Seluruh Dunia

Hal Ehwal Teh-Kini

Status Facebook seorang lelaki dari Amerika menjadi viral apabila dia memuji keadaan masyarakat Singapura yang hidup dalam harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama. Statusnya telah dikongsi lebih dari 5,500 kali dan mempunyai lebih dari 13,000 ‘likes’. Berikut adalah petikan dari statusnya:

 

Menurut petikan ini, Jon Dante saksikan bagaimana warga negara kita yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat mereka di daerah estet perumahan HDB sambil perayaan tahun baru Cina sedang berlaku di seluruh Singapura. Dia berasa rendah hati dan bersyukur dengan tempat tinggalnya sekarang. Dia pula membandingkan tempat tinggalnya di Singapura yang lebih aman dari tempat tinggalnya di Amerika.

 

Jon Dante menambah lagi bahawa Singapura merupakan ‘masterclass’ bagi perpaduan kaum dan agama untuk dicontoh seluruh dunia. Dia menarik perhatian bagaimana Singapura merupakan sebuah negara kecil dengan populasi sebesar enam juta orang yang berbilang bangsa dan agama. Selain itu, dia juga tekankan bahawa negara kita tidak mempunyai jenayah senjata atau dadah atas undang-undang yang dikuatkuasakan di sini. Peluang tinggal di sini seperti satu impian baginya dan dia rasa amat beruntung.

TehTarik rasa bangga bila dapat baca status Facebook ini. Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan kita di sini sehingga tidak perasan akan keistimewaan dan keamanan negara kita ini.

Dengan keadaan dunia yang tidak menentu sekarang, Singapura nampaknya contoh hidup harmoni antara kaum dan agama.  Cukup bertuahlah kita ni!

Inilah Singapura. Inilah negaraku, sampai bila-bila.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments