VIRAL: Silap Laporan Pemergian Pemain Bola Sepak Nur Alam Shah

Hal Ehwal Teh-Kini

Minggu lepas, seorang pemain bola sepak Woodlands Wellington FC, Nur Alam Shah, 38 tahun, meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan jantung. Allahyarham ialah satu-satu pencari nafkah bagi keluarganya. Isterinya, Cik Azean Aziz, kini harus menyara hidup dan menjaga anak-anaknya, termasuk Mohd Royyan, yang berumur hanya 5 tahun dan menghidapi penyakit jantung Sindrom Hipoplasia Jantung Kiri (HLHS). Khabar ini dirumitkan lagi apabila sebuah artikel berita Mediacorp silap melaporkan tentang pemergiannya.

Berikut adalah petikan skrin dari artikel itu:

 

 

Artikel itu mengenal pasti Allahyarham sebagai pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Noh Alam Shah. Identiti dan gambar beliau juga dimuatnaikkan bersama kisah Allahyarham. Apabila mereka menyedari kesilapan itu, laporan itu diturunkan dan sebuah status memohon maaf dimuatnaikkan ke lelaman Facebook mereka.

Berikut adalah petikan skrin tersebut:

 

 

Noh Alam Shah baru sahaja terima berita baik bahawa dia dilantik sebagai pembantu pengurus pasukan kebangsaan, di mana beliau akan bekerjasama pelatih terkenal Fandi Ahmad bagi AFF Suzuki Cup hujung tahun nanti. Tetapi, selepas laporan itu diterbitkan, dia terpaksa jelaskan dirinya kepada ratusan rakan-rakan dan ahli keluarga bahawa dia masih hidup. Walaupun laporan itu diturunkan beberapa minit selepas terbitan, ramai pembaca telah sebarkannya di Whatsapp.

“Ibu saya tertekan selepas membaca artikel itu,” kata Encik Noh Alam Shah. Apabila ibunya cuba hubunginya, dia pula tidak dapat mengangkat panggilan telefon. Apabila dia hantar kedua-dua anak lelakinya ke sekolah, rakan sekolah mereka telah ucapkan takziah kerana mereka dengar khabar bahawa beliau sudah tiada. Beliau telah hubungi Berita Mediacorp berkaitan isu ini. Beliau beri pesanan ingin tumpukan perhatian kepada keluarga Allahyarham yang lebih memerlukan.

Keluarga Allahyarham Nur Alam Shah telah berusaha untuk mengumpul dana bagi keperluan medikal untuk anak mereka, Mohd Royyan. Sebelum Royyan, isteri Allahyarham telah lahirkan seorang anak perempuan yang juga menghidapi penyakit sama tetapi dia telah meninggal dunia apabila umurnya hanya lima bulan pada April 2008.

Penting bagi kita melaporkan maklumat yang tepat, lebih-lebih dengan ‘fake news’ yang mudah tersebar luas kebelakangan ini. Jika anda ingin menyumbang kepada keluarga Allahyarham, lungsuri lelaman Give Asia ini.

 

Sumber: Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments