VIRAL: Sebab Lapar, Foodpanda Pun Kena

Hal Ehwal Teh-Kini

Malam semalam, seorang DJ tempatan terkenal dengan lebih 120,000 pengikut telah gunakan fungsi Facebook Live untuk mengadu tentang khidmat penghantaran makanan Foodpanda. Dia telah buat pesanan makanan bernilai $15 melalui khidmat itu, menunggu lebih satu jam dan pesanannya tidak sampai-sampai. Apabila dia menunggu di luar bangunannya, seorang pekerja Foodpanda lalu di depannya, tidak berhenti dan terus meninggalkan kawasan kerjanya. Dia dapat tahu bahawa pekerja itu tidak dapat menghubunginya dan tidak boleh menghantar makanannya.

 

Disebabkan pengalaman itu, DJ tersebut merakam dirinya menasihatkan orang ramai supaya tidak melanggani khidmat Foodpanda kerana ramai orang juga telah mengalami masalah melalui khidmat itu. Dia merayu kepada syarikat itu untuk lakukan sesuatu untuk perbaiki khidmat mereka. Walaupun rakaman itu dilakukan secara spontan, reaksi orang ramai berbelah bagi.

 

Berikut adalah petikan skrin dari rakaman video itu:

 

Ada yang cadangkan gunakan cara lain untuk beli makanan…

 

Ada yang tiada masalah dengan Foodpanda…

 

Ada yang kongsi pendapat masing-masing…

 

 

Video itu kini telah diturunkan. Sekarang, pekerja Foodpanda dalam kisah ini pula ke hadapan untuk jelaskan perkara sebenar….

 

Menurut pekerja Foodpanda ini, pekerja Foodpanda yang dinampak DJ itu sebenarnya bukan pekerja yang bertugas menghantar makanan kepada DJ itu. Nobel Teo, yang bertugas pada waktu itu, telah tiba di destinasinya terlebih dahulu dan telah menunggu sekian lama hingga sistem khidmat itu membatalkan pesanan makanan DJ itu. Dia memahami perasaan DJ berkenaan tetapi dia hanya ingin berikan penjelasan.

 

Dalam status Facebooknya, dia juga muatnaikkan petikan skrin mesej dan panggilan yang tidak dibalas:

 

Kita faham abang DJ kita ini mesti mengalami situasi ‘hangry’ (hungry + angry = hangry). Situasi ini berlaku apabila seseorang tidak dapat kawal perasaan ketika lapar. Kalau kita tertunggu-tunggu makanan lebih sejam dan tiba-tiba pesanan dibatalkan, siapa tak marah kan? Sekarang pengalaman dari dua belah pihak sudah didedahkan, semoga mereka dapat cari penyelesaian.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments