VIRAL: Sambutan Tahun Baru Cina Di Masjid – Silap Penganjur Atau Silap Liputan Berita?

Hal Ehwal Teh-Kini

Sebuah video liputan berita di saluran Suria minggu lepas telah menjadi viral di media sosial. Pada 24 Februari, Berita Mediacorp menerbitkan liputan tentang sambutan Tahun Baru Cina di Masjid Yusof Ishak. Acara itu disertai 100 penghuni rumah rawatan warga tua dan menampilkan kesefahaman dan perpaduan antara kaum di Singapura. Sambutan itu juga dikatakan mencerminkan semangat mantan Presiden Yusof Ishak yang menyokong keharmonian negara Singapura dan sifat sentiasa ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan.

 

 

Walaupun usaha murni pihak penganjur dihargai, video yang termasuk dalam liputan berita itu dijadikan topik perbualan antara masyarakat Melayu Islam kita. Video yang disertakan merakamkan para peserta acara itu dalam satu segmen tarian dan muzik. Gambar-gambar berikut sengaja dikaburkan:

 

 

Ramai pengguna Facebook pula mula berikan pandangan masing-masing yang berbelah-bagi. Ada yang memang tidak sokong…

 

 

Ada yang cadangkan acara ini disambut sahaja di lokasi lain…

 

 

Ada yang fikirkan masa depan dan acara lain yang akan disambut…

 

 

Ada yang minta pandangan MUIS…

 

 

Dengan kekecohan di media sosial ini, Masjid Yusof Ishak turut mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook mereka semalam.

 

 

Menurut kenyataan ini, mereka jelaskan bahawa acara itu telah dianjur di tempat letak kereta masjid itu dan acara itu bertujuan untuk memperkukuhkan pertalian antara berbilang bangsa. Mereka memang telah merancang segmen lagu dan muzik untuk memeriahkan acara itu tetapi satu segmen tarian berlangsung tanpa persediaan. Mereka mengaku bahawa ia tidak sesuai dilakukan di persekitaran masjid. Mereka mohon maaf kerana mencetuskan apa-apa kebimbangan di kalangan para jemaah. Berita Mediacorp turut mengongsi kenyataan ini di dalam sebuah artikel.

 

Sebenarnya, terdapat beberapa pihak yang terlibat…

 

Bagi pihak penerbit berita, mereka harus mengetahui bahawa apa-apa yang diterbitkan di saluran mereka akan dilihat oleh orang ramai online. Dengan satu video sahaja, ramai mudah salah faham dan ragu-ragu dengan masjid tempatan serta kepercayaan agama kita sendiri. Akibatnya, isu ini menjadi viral dan menimbulkan konflik dalam masyarakat kita.

 

Mereka perlu jangkakan reaksi para pembaca mereka melalui pemeriksaan kandungan berita yang akan diterbitkan dan penyelidikan terlebih dahulu. Setiap perkataan dan rakaman boleh meninggalkan kesan pada pembaca mereka. Jika mereka dapat menjangka reaksi di media sosial, sudah tentu rakaman segmen tarian itu akan diturunkan dan ramai tidak akan tersinggung.

 

Bagi pihak penganjur dan orang awam, mereka sudah pun minta maaf dan kami sebagai masyarakat Melayu Islam harus terima bahawa ia telah berlaku. Biar ini menjadi satu pengajaran. Kalau kita dengar sesuatu berita, selidik dan cari penjelasan. Jangan viralkan sahaja dan menambahkan kekecohan.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments