VIRAL: Rokok Bawah Umur – Salah Siapa?

Hal Ehwal Teh-Kini

Hujung minggu lalu, satu video pelajar lelaki peringkat sekolah menengah diviralkan di Twitter. Video itu menampilkan aksinya menghisap rokok di dalam kelas dan juga di hadapan cikgunya. Seorang lagi pelajar perempuan yang merupakan rakan sekelasnya juga menghisap rokok dalam video itu. Mereka tertawa dan kelihatan seperti membanggakan aksi mereka.

 

 

Berikut adalah petikan reaksi orang di Twitter:

 

Ada yang salahkan generasi muda sekarang…

 

Ada yang tegur cara ibu bapa yang mendidik…

 

Ada yang sampai kaitkan aksi mereka dengan masa depan mereka pula…

 

Jadi sekarang, salah siapa bila ada kes budak bawah umur merokok? TehTarik perhatikan ramai mengutuk pelajar-pelajar ini online. (Kalau nak tegur, biar beralas. Tak baik tuduh dan buruk sangka terhadap sekolah atau ibu bapa mereka atas kesilapan remaja ni…)

Walaupun mereka remaja, mereka telah buat pilihan untuk lakukan sesuatu yang salah. Mereka pasti tahu yang mereka bawah umur. Jangan terus salahkan cara pendidikan ibu bapa atau cikgu mereka. Kita perlu ingatkan generasi muda ini bahawa setiap perbuatan ada akibatnya.

TehTarik nak ingatkan juga… Remaja mana tidak pernah buat salah? Mungkin sekarang mereka silap, itu tidak semestinya mereka akan terus buat kesilapan seumur hidup. Kita semua orang Melayu dari masyarakat yang sama. Lebih afdal kita tegur baik-baik dan didik generasi muda seberapa mampu supaya masyarakat kita terus maju.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments