VIRAL: Pertengkaran Di Pasar Geylang – Semua Jadi Keyboard Warrior Ke?

Hal Ehwal Teh-Kini

Sebuah video pertengkaran antara seorang pakcik serta seorang lelaki India di pasar Geylang Serai menjadi viral. Menurut khabar angin online, lelaki India itu mulanya menggunakan kata-kata kesat apabila dia berbual dengan seorang makcik di situ. Makcik itu merupakan seorang pemilik gerai makan dan lelaki itu marah kerana gerai itu terlalu ramai pelanggan hingga mereka perlu beratur.

Pakcik di dalam video itu dikatakan sedang mempertahankan makcik itu lalu dia bergaduh dengan lelaki India ini supaya dia tinggalkan kawasan pasar itu. Individu yang merakamkan video ini pula tidak dapat menunjukkan perbualan antara lelaki India dan makcik itu.

Berikut adalah video yang diviralkan itu:

 

Walaupun khabar angin itu tidak dijelaskan dan tiada kepastian tentang apa yang benar-benar berlaku, ramai pengguna Facebook online mula kongsi video ini dan berikan komen masing-masing.

Ada yang percaya bahawa lelaki India itu yang memulakan pertengkaran itu…

 

Ada yang salahkan pakcik itu berkasar dan tidak berhak menghalau lelaki India itu…

 

Ada yang sempat tegur cameraman pula…

 

Setelah beberapa hari, seorang pengguna Facebook, yang menerima panggilan daripada seorang saksi kejadian itu, juga kongsi video itu untuk berikan penjelasan.

 

Menurut wanita ini, beliau mengambil ringan tentang kejadian itu hingga beliau perasan ada ketegangan antara pengguna Facebook online berbilang bangsa. Beliau menjelaskan bahawa lelaki India itu salah faham dan fikirkan seorang wanita, yang merupakan anak pemilik gerai itu, ingin potong jalan pelanggan-pelanggan yang beratur. Sebenarnya, wanita itu hanya ingin kembali ke gerai itu. Ini mencetuskan kemarahan lelaki India itu hingga orang lain juga terlibat.

Wanita yang muatnaikkan penjelasan ini mengingatkan semua bahawa video itu tidak menunjukkan kisah sepenuhnya. Mungkin niat pakcik itu hanya untuk membantu makcik itu sahaja tetapi sebab kemarahan yang tidak terkawal, dia juga mula berkasar. Kejadian itu tidak ada kena mengena dengan bangsa atau agama pihak-pihak terlibat.

Bagi TehTarik, hingga ke saat artikel ini ditulis, tiada sesiapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku kecuali mereka yang berada di tempat kejadian. Kita cuma nak ingatkan… Jangan jadi keyboard warrior yang menuduh tanpa bukti dan kepastian! Dengan video ini, ramai yang ikut perasaan dan mengecam sesuka hati. Sekurang-kurangnya jika ingin menegur, biar beralas. Kalau api lawan api, bila nak game?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments