VIRAL: Pendera Bayi 11 Bulan Mencetus Kemarahan Netizen

Hal Ehwal Teh-Kini

Kisah kematian malang seorang mangsa yang masih bayi lagi dari Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur telah menjadi viral baru-baru ini.

Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, berumur 11 bulan, dipercayai meninggal dunia akibat didera suami pengasuh secara fizikal dan seksual. Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa mengalami kesan koyakan pada selaput dara dan dubur mangsa. Punca kematian mangsa disebabkan ‘kesan dipercayai objek tumpul terhadap kepala’ dengan tempurung kepala bayi pecah.

Lelaki tersebut didapati positif atas pengambilan dadah methaphetamine. Kini, pengasuh bersama suaminya ditahan polis atas kesalahan pembunuhan.

Berikut adalah petikan skrin dari Facebook ibu mangsa:

Kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini telah mencetus kemarahan netizen. Ada yang anggap hanya hukuman mati lah hukuman sesuai untuknya… 

Ramai juga yang mengatakan lelaki itu tidak sepatutnya dikenakan hukuman gantung. Namun, dia harus dihukum seumur hidup supaya dia rasa peritnya kehidupan.

Mangsa telah meninggal dunia pada November 9 selepas dua hari di Hospital Serdang dalam keadaan kritikal.

Ramai yang ingin identiti pengasuh serta suaminya didedahkan tetapi tiada keterangan lebih lanjut yang dikeluarkan. Kes ini masih dalam siasatan. Semoga mangsa ditempatkan bersama anak-anak syurga yang lain.

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments