VIRAL: Pendaftaran Sijil Halal – Hak Pemilik Kedai Atau Hak Kita Meminta?

Hal Ehwal Teh-Kini

Sebuah status Facebook menjadi viral kerana mengetengahkan isu status halal gerai makan di Singapura. Pengguna Facebook, Muhammad Arif, ceritakan kekecohan yang disaksikannya online apabila anggota masyarakat Islam Singapura ingin pastikan jaminan halal sesebuah gerai makan minum. Statusnya telah dikongsi hampir 1000 kali dan menerima lebih daripada 2000 ‘likes’. Berikut adalah petikan dari statusnya itu:

 

Dalam usahanya menyelidik samada gerai Mr Bean mempunyai jaminan halal di sini, dia mendapati beberapa orang Islam online yang bersikap kurang berbudi bahasa atau keterlaluan. Individu-individu ini telah mengajukan soalan-soalan untuk memeriksa jika makanan Mr Bean benar-benar halal. Selain meminta jawapan dan bukti dari pihak pemilik gerai, mereka akhirnya juga meminta jaminan halal dari MUIS.

 

Pengguna Facebook, Muhammad Arif, pula menarik perhatian pembaca bahawa gerai-gerai makan di sini berhak beroperasi mengikut cara mereka sendiri dan kita sebagai pelanggan tidak boleh memaksa penjual makanan di sini untuk dapatkan sijil halal dari MUIS.

 

Dia juga menyebut tentang isu Subway di Singapura yang baru-baru ini dalam proses mendapatkan sijil halal. Muhammad Arif menambah bahawa kita harus bersyukur dengan pilihan makanan halal yang tersedia ada. Kalau ada gerai makan yang tidak mendapatkan sijil halal, itu hak mereka dan kita tetap boleh memilih ke gerai halal yang lain. Yang penting, masyarakat kita perlu sedar dan bertimbang rasa, hormat dan terima keadaan seadanya.

 

Ramai pengguna Facebook juga turut menyokong pendapatnya ini:

 

Ia telah menjadi satu obsesi untuk dapatkan sijil halal dari MUIS. Kita kadang kala terlupa bahawa Singapura berbilang agama dan setiap orang mempunyai hak untuk makan apa yang diingini…

 

Sebagai orang Islam, kita tidak perlu bergaduh kerana makanan. Kalau was-was, jangan makan…

Ada yang bukan Islam juga yang komen tentang proses mendapatkan sijil halal ini. Dia berkata bahawa ia satu proses yang rumit dan memerlukan wang. Ada yang menjawabnya dengan sopan untuk jelaskan bahawa agama kita mudah dan tidak memaksa penjual makanan untuk dapatkan sijil halal itu…

 

 

Hidup di Singapura tidak memaksa sesiapa untuk menjadikan gerai makanan mereka halal. Jika mereka mengambil langkah untuk menjadikan gerai makanan mereka halal, itu sebuah langkah yang harus kita sokong. Jika tidak, usah kita menilai atau membuat mereka terasa terperangkap dengan soalan-soalan keterlaluan. Pemilihan kita akan membantu mereka membuat langkah berlandaskan ekonomi agar dapat pelanggan baru bila halal nanti.

 

Rileks aje – banyak tempat lain boleh makan. Tak lapar pun. Yang penting kita sopan beb bila berhubung dengan bangsa lain. Itu baru Melayu.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments