Viral: Pegawai Keselamatan Menyuruh Wanita Hentikan Solatnya Di Tangga

Sembang-sembang je

Sebuah kenyataan Facebook tentang seorang wanita bersama adik kembarnya yang cuba solat di tepi tangga viral beberapa jam lalu dan baru sahaja diturunkan. Menurut wanita itu, ketika mereka sedang solat, seorang pegawai keselamatan berbangsa India mengarah kakitangannya untuk suruh mereka hentikan solat mereka. Wanita itu mengaku bahawa selama ini dia bersama adiknya pernah solat di tangga-tangga tempat awam dan privet. Pegawai keselamatan itu juga tidak minta maaf.

 

Walaupun kita faham akan punca kemarahan wanita itu, ia amat merisaukan apabila dia babitkan hal bangsa dalam pertengkaran itu. Berikut adalah kenyataan Facebook dan video yang dimuatnaikkannya:

 

 

 

Wanita itu mengetengahkan bahawa kebanyakan orang berbangsa India pandang rendah orang Melayu. Pengguna-pengguna Facebook yang berikan komen pula menegur wanita tersebut kerana kemarahan yang bersifat perkauman.

 

 

TehTarik ingin semua orang bawa bertenang. Pertama sekali, jangan kelirukan hal bangsa dan agama. Kalau berada dalam tempat wanita ini, memang kita rasa marah kerana kita ingin taat dengan suruhan agama. Kalau seseorang suruh kita berhenti, ia hanya sekadar pemahaman yang bertentangan tentang penggunaan tempat awam tersebut. Jangan masukkan isu bangsa pula dan tuduh bangsa lain tidak hormat bangsa kita. Agama tidak kira bangsa.

 

Tidak salah ingin buat ibadah solat. Itu antara kewajiban agama Islam tetapi agama kita juga ajar kita untuk bersabar dan saling hormati. Mungkin pegawai keselamatan itu hanya sedang jalankan tugas dan terima arahan orang atas. Mungkin kawasan tangga itu tidak selamat untuk lakukan solat di situ. Kalau benar-benar ingin suarakan isu ini, tulis maklum balas kepada bangunan berkaitan untuk beritahu apa yang telah berlaku. Yang penting, kita perlu jaga keperibadian kita sendiri.

 

Bersabar ketika marah, rendahkan diri dan jaga kata-kata kita. Kesabaran kan separuh daripada iman? Ye tak kak?

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments