VIRAL: Pasal Chop Passport Salah, Keluarga Tersangkut Di Imigresen JB

Hal Ehwal Teh-Kini

Semalam, Facebook status ini menjadi viral apabila pengguna Facebook Nabilah Belladonna kongsi pengalamannya masuk keluar JB untuk berbelanja barang buat Hari Raya. Keluarganya dalam pejalanan pulang ke Singapura menaiki kereta tetapi selepas bergerak dari imigresen Johor, dia dapati bahawa passport keluarganya mempunyai chop bertarikh salah. (Keluar Johor pada malam 4 Jun 2018 tetapi chopnya bertarikh 20 Februari 2018, 4 bulan sebelumnya! Hairan…)

Disebabkan kesesakan trafik pada malam itu, mereka tidak ada peluang untuk hentikan kereta kerana kenderaan-kenderaan di belakang mereka tidak henti memicit hon. Mereka terus beritahu pegawai imigresen Singapura yang memeriksa passport mereka. Malang tidak berbau kerana tindakan diambil untuk membawa keluarganya ke pejabat ICA. Mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum diberitahu mereka perlu patah balik ke imigresen Johor untuk dapatkan chop tarikh sebenar. Jikalau tidak, mereka tidak sah untuk kembali Singapura.

Satu keluarga terpaksa beratur semula dan menempuhi kesesakan jalan raya itu lagi. Pengguna Facebook ini kongsi ceritanya untuk disebarkan supaya ramai orang akan berhati-hati dan periksa passport dahulu sebelum bergerak dari kawasan imigresen. Ini penting lebih-lebih lagi pada waktu perayaan seperti sekarang di mana ramai warga Singapura masuk keluar Malaysia untuk berbelanja.

Berikut adalah petikan skrin kongsiannya itu:

 

Status ini menekankan bahawa ia adalah tanggungjawab setiap individu untuk periksa passport masing-masing. Pastikan pegawai imigresen telah letakkan chop yang tepat di mukasurat passport sendiri. Jika anda didapati tidak masuk keluar negara itu dengan sah, anda yang bersalah dan mungkin dikenakan hukuman bayaran ataupun penjara.

Status ini dikongsi hampir 2,000 kali dalam jangka masa lapan jam setelah ia dimuatnaikkan. Dalam bahagian komen, ada yang sempat juga kongsi cerita pengalaman mereka yang mengesahkan kebenaran kejadian sebegitu…

Jangan cakap pasal chop. Tidak menggunakan tali pinggang keledar pun dianggap satu kesalahan…

 

Ada yang tidak dapat chop pun dan diberitahu ia hanya satu ‘ujian’…

 

Ada yang pernah dihukum penjara…

 

Ada yang dihukum bayaran…

 

TehTarik harap peristiwa seperti ini tidak akan berlaku kepada mereka yang berniat baik ingin ke Malaysia. Jangan mudah salahkan orang lain. Sebelum apa-apa, kita harus bertanggungjawab dan periksa dahulu. Biar lambat dan ambil masa lebih, asalkan dapat pergi dan balik dengan selamat.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments