VIRAL: Orang Melayu Tak Tahu Kata Ganda Ke Tak Nak Ajar?

Sembang-sembang je

Hujung minggu lalu seorang penulis tempatan menggunakan wadah Facebook untuk mengajar Bahasa Melayu secara ringkas. Statusnya diviralkan hingga ia dikongsi hampir 500 kali dan mencapai lebih 1,600 ‘likes’.

 

Penulis itu mengajar bagaimana kata ganda merupakan dua kata nama yang dicantum untuk cipta makna yang berbeza. Kata nama yang digunakan dalam kata ganda biasanya mempunyai maknanya tersendiri jika dipisahkan. Sebagai contoh:

 

Otak = Organ di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran

Otak-otak = Makanan yang diperbuat daripada ikan, dibubuh rempah, dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang

 

Cara sebutannya juga lain daripada ‘otah’. Berapa banyak kali kita dengar orang bukan Melayu menyebut ‘otak-otak’ sebagai ‘otah’? Peristiwa ini sering berlaku di Singapura dan ia terus berlaku kerana tidak ramai orang Melayu yang sanggup menegur hingga lah status Facebook ini diterbitkan. (Jadi mereka yang suka makan ‘otah’ ni semua zombie ke nak makan organ dalam kepala jer…)

 

Contoh-contoh lain juga dimasukkan seperti:

 

Api = Kebakaran

Api-api = Binatang kunang-kunang

 

Kuda = Binatang besar berkaki empat yang tangkas berlari

Kuda-kuda = Alat berkaki tiga untuk menopang/menyangga papan hitam

(Tak tahu makna tangkas ke menopang, pergi google sekarang!)

 

Mata = Alat pancaindera pada muka manusia atau binatang yang digunakan untuk melihat

Mata-mata = Polis

 

Berikut adalah petikan skrin statusnya itu:

 

Dengan status ini juga, mula lah orang Melayu kita komen tentang perkataan Melayu yang sering disebut salah oleh warga Singapura kita sendiri…

 

Sampai teringat lagu kebangsaan kita pula…

 

Ada yang sempat buat kelakar…

 

Tetapi, ada juga yang berterima kasih dan menghargai status seperti ini…

 

Nampaknya, warga Singapura yang bukan Melayu mungkin benar-benar tidak tahu tentang kata ganda tetapi mereka terbuka untuk menggunakan bahasa kita (bayangkan kalau mereka reka nama baru untuk makanan otak-otak ni, kan tak best?). Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. TehTarik galakkan abang-abang dan kakak-kakak kita untuk ambil kesempatan memperbetulkan mereka jika mereka tersilap menggunakan Bahasa Melayu kita. Biar mereka tahu dan tidak ulang silap itu daripada kita geleng kepala dan biarkan mereka berterusan begitu sahaja.

 

Tetapi jangan lupa, kalau kita sanggup tegur dan ajar, kita pun kena sanggup terima teguran dan mempelajari daripada bahasa yang lain juga. Itu baru namanya negara berbilang bangsa dan bahasa!

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments